Klik Saya!

Ahad, September 26, 2010

Gula-Gula Permata Hatiku

Salam Ukhuwah!!

Anak2 adalah PERMATA HATI bagi setiap ibu dan bapa..
Begitu juga LS.

Walau byk karenah yg tak terduga , dan karenah yg kekadang diluar akal fikiran kite..
Tapi semua itu adalah 'gula2' bg kenangan indah yg tidak mungkin kite dapat lagi apabila mereka dewasa kelak.

KESABARAN yg kuat mmg perlu dalam proses membesarkan mereka.
Dengan keletah yg kadang2 mencabar keIMANAN dan tahap KeSABARan yg melampau adalah perlu bagi setiap diri ibu dan bapa tersebut.




Selamat pagi Malaysia!!

Akhir nya! telah ku tahu jejak casing camera digital ku..thanks to this picture.


Tolong la ibu..Ibu nk kemas kain baju awak nih...bukan mintak awak tolong ngemassss!!



Abg nk pakai stokin, sejuk..nk p work!


aaah...




Terasa bersyukur memiliki Anugerah dari Allah ini..


Dan juga ini...


last but not least!!

Terima kasih tak terhingga kepada mak dan bapak.Terharu dengan pengorbanan kamu.

Isnin, September 20, 2010

Kisah Di Bulan September

Salam Ukhuwah!!

Dalam bulan September , byk tarikh2 dan peristiwa penting yg dilalui oleh LS.
Walau pun takde lah sepenuh dan sebusy jadual Perdana Menteri..tapi menjadikan otak LS sentiasa berlegar2 memikirkan sesuatu yg perlu diingat disertai dengan kebusyan mempack dan menyediakan persiapan raya.

Maklumla nk tinggalkan umah..kena la kemas2...bukak sarung kusyen,pasang langsir..kemas baju..isk..

2/9 - Anniversary Pernikahan kami yg ke 4 tahun.Tarikh penting aku jadi isteri kepada Azmi Bin Said.Nothing spesel to celebrate. Just baca doa selamat kat umh bapak.
Alang2 wat kenduri..tumpang sekaki..hehehe





7/9 & 9/9- Terlalu khusyuk pikir persiapan raya ank2 dan suami, sampai terlupa birthday BestFren LS sendiri..


Happy Birthday to Along , Zuliana ahmad Adabi (7/9) dan Jana(9/9)..Maaf la ..aku terlupa nk wish kat korang aritu,,mmg lupa terus..harap korang tak simpan dalam hati ye long...
Frenship 4 ever..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


10/9 ~ 13 /9-Raya, balik kg En.Suami kat Terengganu.Besut.
Raya+ shopping & jalan2 sakan.

Hati ingat johor..nk ayam masak merah+daging manis+babat goreng+hati& paru goreng pengantin.
Tapi asek jumpa nasi dagang+satay+nasi dagang+nasi dagang+ketupat palas +nasi dagang.
Tapi ok la..makan puas2 nasi dagang tuh..sebab kat johor susah nk cari woo yg freee..ahaks!

bergambar la kat umah sedara.bt kenangan2..Time ni aku diam jek..maklumla tetiba jadi pemalu.nk kecek johor.oghe dok pahe.kite diam je lah..hihi

ni kat umah kakak en suami.Bachok.mentang2 akak dia bisnes kedai runcit+kedai makan+kedai stationery.abis kena lenjan ng iqbal+husna.Dont worry, akak dah halal kan..Tima kasih kak..

Sehari before balik johor sempatla En Suami bawak isteri yg jakun ni p jalan2,Tamadun Islam,shopping kat pasar payang,masjid kristal.Layanzz...



14/9 - Birthday Suami Tercinta.(Meraikan dalam keta perjalanan pulang ke Johor).Celebrate kat kedai makan area Pekan jek.


On the way balik tak de jumpa xcident..Alhamdulillah..tapi jumpa ng chalet terbakar..Masa benti solat.

Ramai org tgk, time tu bomba baru sampai..beriya2 padamkan api..dua biji chalet terbakar..punca tak diketahui.wartawan tak sempat nk interview ..ahaks!!

Time ni En Suami yg sibuk2 suh amik picture.." masuk blog.masuk blog "kata nyer..amboi!!

iyelah..akan ku tunaikan permintaan mu itu..hehe
14/9 - Roadtax keta mati...walah! belum idupkan lagi hehehehe..tggu pas raya baru idupkan kot..Lambat takper.
Lenjan keta en Suami jek.ahaks!

BUlan 9 ni jugak..last payment for keta aku..Alhamdulillah...setelah 7 tahun membayar hutang..dapat la jugak miliki harta yg tak seberapa itu..
Takper la..atleast nampak gak hasil dr tulang 4 kerat ku ini...
TUNAI !!!..utk yg last payment...


PEeeh!!..
ok kasi rilekss...skang time nk beraya sakan rumah sedara dan kawan2...

Notakaki: Sempat ke tidak nk beraya umah rakan2.Umah sanak saudara pun tak abis round2.ahaks!!



Cara Solat Jamak (Takdim &Takhir)

Salam Ukhuwah!!

Dalam bergembira menyambut ketibaan Syawal, pulang ke kg halaman.Jgn lupa barang2 keperluan yg perlu dibawa.

Sediakan list utk diri sendiri , suami , dan ank2.

Juga tak lupa..Solat.

Kali ni LS nk refresh balik Solat Jamak yg diberi kemudahan oleh Allah utk mereka yg bermusafir.Maklum la..bukan selalu LS jadi musafir.So kena sentiasa beringat.Nota ini utk diri sendrik juga.

Tapi pastikan jarak ke destinasi adalah 90 marhalah.atau 90KM(agak2).

Sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak - dihimpunkan
Makna Qasar - dipendekkan


Perkara paling penting
1) Niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Taala".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.


Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan Jamak Takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".


Selamat menunaikan kewajipan sebagai umat islam.Tapi yg penting jgn lupa..tutup aurat ye!!
Bg wanita sila jgn ikut pemakaian seperti diatas. Dilarang sama sekali.!


Isnin, September 06, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Salam Ukhuwah!!

Dikesempatan bulan mulia ini, Kad Raya khas buat2 rakan2 Blogger dan bukan blogger yg singgah sebentar di blog ku ini..

Tahniah kepada mereka2 yg berjaya puasa sebulan,except wanita yg masih subur..Kanak2 yg baru belajar menahan diri lapar dan dahaga.





Notakaki: Dulu time cenggini , byk dapat kad raya..Tahun ni dapat kad raya kat alam maya je la..Dan SMS berdentum2 masuk..anyway,walau macam mana pun cara ucapan raya nyer..Terima Kasih..Diharap kite berjumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan..Insyaallah..


Khamis, September 02, 2010

Selamat Ulangtahun Ke 4

Salam Ukhuwah!!


020910 genap sudah usia perkahwinan kami ke 4 tahun.Masih terlalu muda di alam rumahtangga.Masih mencari keserasian bersama..Dalam meniti hari2 seterusnya..

Kuharap Impian yg pernah di impikan, lalu menjadi realiti dgn kuasa Nya..
Akan berkekalan hingga ke Syurga.

Amin..

Semoga diberi limpah rezeki , limpah kasih sayang ,limpah rahmat dari mu Ya Allah..




notakaki:Doa selamat serta kenduri kesyukuran bersama ahli keluarga.

Rabu, September 01, 2010

Aku Rindu Yg Dulu, Aku Mahu Yg Kini..

Salam Ukhuwah!


Sekejap jek masa berlalu, dah masuk hari ke 22 kite berpuasa.Alhamdulillah, masih tak de ponteng2 dan cuti..tak tau la ujung bulan nti..hehehe.
Awak2 semua mcam mana?cukup ke tidak?..

Teringat time zaman masih awal remaja, waktu2 mcm ni mak dh mula risau ng persiapan utk raya.Masa utk buat kuih.Family ramai..so kalau buat tu lebih
dari 3 adunan.Time macam ni , bapak kopek nenas , mak potong2 blender ,masak utk persediaan jem nenas.(dulu mana de jual inti tart segera,maybe ada,
tp mak tak tau kot).
Kiteorg adek beradik amik kontrak gentel2 adunan utk diterap.Biasa mak uli lepas sahur.Tugas kiteorg lepas buka puasa/terawih.

Biasa kuih2 yg mak buat , tart , makmur ,bangkit sagu , bangkit kelapa ,sarang semut , cornflake.
Kuih cornflake mak ada kerisik dan perasa oren,
tu jadi favorite aku hehe.resepi mak sendrik.Itula kuih2 yg mesti ada setiap tahun mak buat.

Tapi bila kiteorg dh meningkat ke usia 16 tahun , masing2 nk tunjuk kepakaran masing2.Masa tu la mak baru kenal almond london, coklat chip,jejari kacang.
Entah apa2 lagi la..aku igt ,kuih pertama aku uli - Almond London.Masa tuh aku rasa kuih tu kelaaaaaasss sgt hahahaha..Then adek aku pun ikut jejak langkah aku.
Uli kuih heheh,,so after that, tiap tahun, ade jek kuih2 baru yg kiteorg buat.Masa tu mak dh rileks sikit ar..
Bapak pun dh jadikan kuih favorite dia, dr kuih sarang semut ke kuih Almond London..hahaha..

Shopping2 mmg tugas mak..mak belikan bahan..kiteorg tukang habiskan brg2 kuih..yg penting siap..

Tradisi ni berkurangan setelah kiteorg melangkah ke alam perkahwinan.Lagi2 dr pihak LS , asek takde kesempatan jek..maklum la ank 1t (Iqbal) bersalin
seminggu nk raya, yg no 2(Qisya) plak seminggu nk puasa.main kuih tunjuk2 jek..

Bila usia dh bertambah,(walau tak tua mana)..Teringat plak kenangan2 dulu masa zaman ni dgr bebelan mak..suh siap kan gentel kuih..
Teringat pulak adek aku siap landing depan TV sebab dh kepenatan duduk.hehe..masing2 busy dgn tugas yg diberikan..
Aku menyiapkan langsir utk last minute, adek mencari resepi2 kuih utk ditambah..yg mudah dan senang..Bapak mula menganyam ketupat..

Skang ni tolong apa yg patut..kuih tunjuk ,pun kuih tunjuk la...hehehe.Selagi termampu ye mak! hehe.
Nanti nxt time kalau ada masa dan sifat "M" tu dah ilang..atau berkurangan..insyaallah...jemari ku menggentel lagi..ehehe


Oh..Terasa rindu ng suasana dulu..
Ku tak minta utk putarkan semula masa , ku tak minta utk kembali ke masa lampau..kerana ku bersyukur dgn apa yg ku ada sekarang..
Kuharap hari2 yg akan dtg menjadi lebih baik dari semalam..Aku rindu pada suasana dulu ..tp aku ingin melihat keindahan di masa hadapan..

Insyaallah...


Notakaki :Still mencari masa utk update blog..esok 23 Ramadhan , umur abg dh 3 tahun ikut kalender islam..

Khamis, Ogos 26, 2010

Kejadian Di Bazar Ramadhan

Salam Ukhuwah!!

Bulan Ramadhan bulan yg mulia,bulan penuh berkat,bulan menambah pendapatan.Bulan kain bertimbun2 di taylor utk dijahit ,bulan kuih biskut berlambak2 di pasaraya,juga bulan yg penuh dengan makanan2 dan juadah yg sedap dan pelik2.

Manusia pun bole jadi pelik jugak heehe..

Semalam p bazar , motor parking tepi jalan..masing2 nak bungkus kan lauk pauk,kuih pemanis mulut utk dibawa pulang kepada seisi keluarga,tak pun utk perut sendrik (bujang)ataupun tapau utk buka kt tpt keje.

Lalu datang sebuah Bas Tambang (ke Johor Bahru)..telah melanggar motor2 ditepi jalan itu, maka tumbangla motor2 itu..tanpa diketahui saper empunya tuannyer.Berikutan keadaan yg sesak ditepi jalan penuh dengan ke'parking'an motor dan kereta.Bas menjadi mangsa keadaan dimarahi pemilik2 motor yg telah sedar akan tumbangnya motor2 mereka.Kejadian beransur pulih apabila salah seorg pemilik kereta menjadi polis trafik(konon2).Utk melegakan jalanraya sempit itu.

Pada waktu yg sama, berlaku satu lagi insiden di mana sebuah kereta honda warna merah telah tersalah masuk parking,terjerumus masuk kedalam lopak tepi jalan.Apabila dia hendak keluar (reverse)..kereta nye tidak boleh keluar ke jalan raya kerana keadaan lumpur dan tanah yg lembut/lembik.Malah telah merosakkan bumper depannya.

Datang la seorg pemuda yg hendak ke bazar bersama isterinya,seraya ternampak dan berkata "kesian nye keta dia tak leh kuar..eh! kawan saya tuh"

Lalu pemuda itu pun pergi bertanya khabar dan memberi bantuan yg perlu.Kebetulan alatan yg diperlukan ada (tali).Jadi berlaku la insiden ikat mengikat dan tarik menarik.Antara dua kereta.Setelah selesai,selamatlah kereta honda merah itu dr terus terjerumus dan terbiar di lopak itu.

Oh! berbalik pada bas tadi, bas terpaksa menunggu insiden tarik2 ni berlaku.Kerana insiden ini berlaku di hadapan laluan kenderaan tersebut.

Kesimpulan, jangan salah parking.Biar parking jauh asal selamat.

Sekian.



Notakaki: Beli pedal ayam rm1 = 3pcs???? hmm..redha..

SELAMAT HARI WANITA

"Azam wanita 1 malaysia"



Rabu, Ogos 25, 2010

Kuih Poli

Salam Ukhuwah!!

LS: Mak buat apa mak?

MIL :POLI.Lama dh nk makan.La ni br dapat buat. Dapat ubi.

LS : hmm POLI???? (sambil memandang suami)

Suami LS : Poliii...Politeknik...


hahahahaha

korang pernah makan x?


Kuih Poli

Beras di sangan (digoreng tanpa minyak) , ubi ketuk , disalut kelapa parut+garam , air gula merah.



Begini ye jadinye setelah di campurkan..Rasa nye manis dan rangup (beras).Tapi tak leh letak beras byk2 nti pahit.

Entah la tak tau la asal dr mana makanan ni.Sebab en.Suami pun kata dia br 1st time makan.

Walau apa pun..dapat la jugak tekak dan perut ini merasa makanan yg pelik di bulan Mulia ini..
Ngap je la..

Budak yg sedang ratah beras sangan.

Thanks kepada ibu2 ku.

Bulan puasa ni, mak2 rajin benor wat kuih, ank2 tukang makan. Minggu2 lepas makan kuih Dangai(piza melayu), Tepung kusui/kuih kaswi(arwah yayi panggil kuih kentut).Diaorg nk beli tak sesedap ng buat sendrik.

Saper yg untung??..hehehe

Notakaki:baper kali mak ajar resepi..tapi tak buat2...harus dipraktik kan nti.



Khamis, Ogos 19, 2010

Apa Salah Dia? Sedih..Kasihan..

SaLam Ukhuwah!!

Sedih hati ini..sayu je rasa...
hari2 ada saje berita yg menyebab kan hati ni marah! tak puas hati! benci!..
knaper..?..knaper?...

terbaru ..
sumber.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.

Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.

“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.

“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.

Difahamkan, anggota forensik sekali lagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah lagi tong sampah di situ sebelum berjaya menemui mayat bayi kira-kira jam 1.50 tengah hari dalam keadaan amat menyayatkan hati di celah puluhan plastik sampah.

Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk bedah siasat.


Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.

************************************************************************************


ni baru satu artikel LS letak, tapi dalam bulan Ramadhan ni, start dr puasa aritu..mmg ada je berita bayi dibuang..SETIAP HARI!

Ya Allah..ko beri la kesedaran kepada mereka yg X DE OTAK ni...dh lama LS pendam..ni tak terpendam dah..nk luah jugak kat blog ni..tak tahan..Apa Salah Dia?

Kalau dikire2, bulan 8 ni byk berlaku kes buang bayi ni..kalau diputar balik masa ke 9 bulan sebelum, gejala seks bebas/tak bebas yg menyebab kan bayi disenyawakan berlaku pada bulan Dec, hmm...tahun baru?..wallahualam...

Bayi tersebut tak perlu la di buang..kalau tanak tu..bg jek kat ibu2 atau saper2 yg tak de ank tu..at least, ko tak tambah dosa lagi..!bg peluang pada 1 nyawa tu utk merasai hidup..merasai oksigen..udara...Apa salah DIa?

Kalau nk cover malu, pergila mana2 pusat2 /rumah kebajikan yg ada sediakan utk menjaga ibu2 yg hamil ank luar nikah ni..bole search kat tenet.tp kalau dh buntu..gini la jadinyer..nauzubillah..Apa salah Dia?

aduh...bikin i panaaaaaaaaaasssssssss jek, di bulan mulia ini..Apa salah Dia??

astagfirullahhalazim...

Notakaki:Ya Allah jauhkanlah perkara begini dr berlaku dikalangan keturunan ku..aminn...nauzubillah..

Selasa, Ogos 17, 2010

Imam Ghazali Bercerita & Kek Batik Yummy!

Salam Ukhuwah!!

BUlan baik , Bulan Mulia ,
BUlan Ramadhan ku nanti jua..ahaks!

kali ni nk share ..

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Kapas
'Murid 2 = ' Angin
'Murid 3 = ' Debu
'Murid 4 = ' Daun-daun

...'Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan... mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

...Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


YaAllah teguhkan la iman ku,berikan kesabaran yg kuat utk menempuh dugaan hidup didunia ini.Amiiin..


Notakaki :
YUmmylicious Kek Batik , buat masa ari Sabtu. Cek Bahan2 cukup, ada masa terluang..lagipun kek ni bole wat utk mentong2,mengunyah masa tgk tv lepas buka posa or lepas sahur.



Kek Batik
Biskut Marie (1 bungkus yg biasa).
1 cawan mentega,
1 cawan milo(350g-paket kecik sekali),
3/4 susu pekat (dpd 1 tin)

1-Cairkan dalam kuali,masukkan 1 persatu bahan(kecuali biskut marie). Setelah semua bahan cair,Padam api .

2-Dengan segera masukkan Biskut Marie (patah 2).

3-Setelah biskut semua dh bersalut coklat, Masukkan dalam loyang sambil tekan2 sikit..

4-SIAP! Dapat 1 loyang kecil.

Aku ni, tak rajin tp ada la jugak sikap2 nk rajinkan diri(paham ke?hahaha) sebab tu suka buat benda yg simple. ahaks!