Sedih hati ini..sayu je rasa...
hari2 ada saje berita yg menyebab kan hati ni marah! tak puas hati! benci!..
knaper..?..knaper?...
terbaru ..
sumber.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.
Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.
Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.
“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.
“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.
Difahamkan, anggota forensik sekali lagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah lagi tong sampah di situ sebelum berjaya menemui mayat bayi kira-kira jam 1.50 tengah hari dalam keadaan amat menyayatkan hati di celah puluhan plastik sampah.
Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk bedah siasat.
Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.
Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.
************************************************************************************
ni baru satu artikel LS letak, tapi dalam bulan Ramadhan ni, start dr puasa aritu..mmg ada je berita bayi dibuang..SETIAP HARI!
Ya Allah..ko beri la kesedaran kepada mereka yg X DE OTAK ni...dh lama LS pendam..ni tak terpendam dah..nk luah jugak kat blog ni..tak tahan..Apa Salah Dia?
Kalau dikire2, bulan 8 ni byk berlaku kes buang bayi ni..kalau diputar balik masa ke 9 bulan sebelum, gejala seks bebas/tak bebas yg menyebab kan bayi disenyawakan berlaku pada bulan Dec, hmm...tahun baru?..wallahualam...
Bayi tersebut tak perlu la di buang..kalau tanak tu..bg jek kat ibu2 atau saper2 yg tak de ank tu..at least, ko tak tambah dosa lagi..!bg peluang pada 1 nyawa tu utk merasai hidup..merasai oksigen..udara...Apa salah DIa?
Kalau nk cover malu, pergila mana2 pusat2 /rumah kebajikan yg ada sediakan utk menjaga ibu2 yg hamil ank luar nikah ni..bole search kat tenet.tp kalau dh buntu..gini la jadinyer..nauzubillah..Apa salah Dia?
aduh...bikin i panaaaaaaaaaasssssssss jek, di bulan mulia ini..Apa salah Dia??
astagfirullahhalazim...
Notakaki:Ya Allah jauhkanlah perkara begini dr berlaku dikalangan keturunan ku..aminn...nauzubillah..
3 ulasan:
wah wah wah... betul2 luahkan perasaan tak puashati...
itu pun still nak buat baby hatch bagai..seolah-oleh membenarkan perilaku zina.
'buat' nak..'hasil' tak nak..
@umi
harussss..sini je leh luah lebih2..hehehe
@wan
benda cannot control la...hanya perlukan kesedaran diri sendrik .
Catat Ulasan