Klik Saya!

Rabu, Disember 15, 2010

Kebaikan TELUR

Salam Ukhuwah!!

Girl & Boy punye favourite ,
Telur..Telur rebus, telur goreng..Telur hancur..Telur pindang..telur puyuh..


Ini adalah telur pindang-hanya ada pada waktu majlis kahwin.Tapi skang kat kedai pun ada jual jugak.



1. Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata (makuladegeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah didapati di dalam telur.

Telur



2. Telur juga mengelakkan penyakit katarak mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin..


3. Sebiji telur juga mengandungi 6 gram protien berkualiti tinggi dan 9 keperluan asid amino.



4. Menurut kajian Harvard Medical School, tiada sebarang kaitan berkenaan pengambilan telur dengan penyakit jantung.. Sebenarnya pengambilan telur secara teratur membantu mengelak darah beku, strok dan jantung.


5. Sebiji kuning telur mengandungi 300 mikrogram Choline iaitu nutrisi penting yang membantu mengawal otak, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.


6. Telur juga terdiri daripada lemak baik.. Sebiji telur hanya mengandungi 5 gram lemak dan 1.5 gram lemak tepu.


7. Kajian terbaru menyangkal kepercayaan bahawa telur penyebab kolestrol tinggi.. Sebaliknya, memakan telur setiap hari tidak akan menjejaskan kesihatan kerana lemak pada telur adalah lemak tepu.


8. Telur adalah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D secara semula jadi.


9. Telur juga berkemungkinan membantu dan menghalang kanser payudara kerana menurut kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.


10. Telur juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat kerana mengandungi sulfur, vitamin dan mineral yang tinggi.

sumber

Notakaki : Mari la makan telur.. :)

3 ulasan:

ratusiput berkata...

aku mmg suke telo..anak2 aku lg la..tp disebabkan byk rumusan yg ckp tak elok la apa la...aku sekat jugak anak2 aku drp makan telo ari2...taktau dh mana satu fakta yg betul..

ainazliena berkata...

i like telur..skali ngap..mesti 2 bijik..

laila sanuri berkata...

@ratu

yeke?..setahu aku klau budak2 takper..sebab telur tu utk tumbesaran diaorg..lain ar org tua..kolesterol..hehe

@aina

mantap!! i pun suka..lagi telur pindang ek..hehe