Klik Saya!

Memaparkan catatan dengan label SOLAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOLAT. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 19, 2010

Solat Dhuha

Salam Ukhuwah!!

Hari tu En Suami balik keje.Dia kata ada org tu berbual ng dia.Selalu nampak En.Suami solat kt salah satu masjid.

Pakcik tu kata , amalkan solat Sunat Dhuha utk tambah rezeki .Insyaallah..

**********************************************************

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Isnin, September 20, 2010

Cara Solat Jamak (Takdim &Takhir)

Salam Ukhuwah!!

Dalam bergembira menyambut ketibaan Syawal, pulang ke kg halaman.Jgn lupa barang2 keperluan yg perlu dibawa.

Sediakan list utk diri sendiri , suami , dan ank2.

Juga tak lupa..Solat.

Kali ni LS nk refresh balik Solat Jamak yg diberi kemudahan oleh Allah utk mereka yg bermusafir.Maklum la..bukan selalu LS jadi musafir.So kena sentiasa beringat.Nota ini utk diri sendrik juga.

Tapi pastikan jarak ke destinasi adalah 90 marhalah.atau 90KM(agak2).

Sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak - dihimpunkan
Makna Qasar - dipendekkan


Perkara paling penting
1) Niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Taala".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.


Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan Jamak Takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".


Selamat menunaikan kewajipan sebagai umat islam.Tapi yg penting jgn lupa..tutup aurat ye!!
Bg wanita sila jgn ikut pemakaian seperti diatas. Dilarang sama sekali.!