Klik Saya!

Memaparkan catatan dengan label Geletek kejap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Geletek kejap. Papar semua catatan

Rabu, Mei 04, 2011

STEAMROLL TIN

Salam Ukhuwah!!

BUdak2 zaman sekarang tak tau la, ada main lagi tak benda ni..SteamRoll..dibuat dari pada tin susu 1 kg ke,650g ke..isi ngan tanah...diikat kiri kanan dgn tali...tariiiiik..berpusing2 benda alah tu..then sambil tarik,lari... lumba..sape punye paling laju n tahan lasak..

Ni abg aku punyer keje la..kata dia nk imbau zaman kanak2 dia..nk kenalkan kat ank2 ..iye la tu.Old skool hahaha..Abis dia kumpul tin nestum ank dia..cukupkan utk bebudak2 ni.supaya tak gaduh.

Bagi yg tak tahu,n tak pernah main benda alah ni..aku pun dulu masa kecik jarang main benda ni.Maklum la perempuan,main masak2..main kawin2..main rumah2(rumah tanah) buat jadi bilik,ruang tamu,pastu amik lidi jadi kan org.main tingting..main getah..byk lah lagi.
Tapi adek aku main kot benda alah ni..aku kan lebih keperempuanan..cewah!!
Nak lari2..kejar2..nk tarik steamroll tu bukan nye ringan.tgk la budak2 ni, lagi2 qisya..terkedek2 menarik tin tu..sama la mcm aku kecik2 dulu.
abis tgn i yg mulus...ahaks!!





before bawak steamroll tin..isi myk dulu..Rewang kopok gian (kopok lekor)



tarik2.!!..2 org para pengajar yg sedia berkhidmat!!
Sekali lepas kan gian..tak puas main time kecik eh..haha


SEDIA!!! Tukang tarik.





Isnin, April 25, 2011

Armour Heroes - Kat mana dia simpan pedang tuh?

Salam Ukhuwah!!

Cite ni main setiap hari Sabtu - Jam 10.30 am. Budak kecik ni plak adalah peminat setia cite ni..aku pn takde ajar sgt dia tgk tv.Tp aku tak tau la..semenjak bila dia kenal ng hero2 ni..
memula kompius..ultraman hero??..oo..rupanya Armor Hero..


armor hero


Dan pastu "ibu2 , abg bertukar jadi armor hero!!bertukar!!"

kalau tak de pedang bukan armor hero la namanye kaaan...walau pun pedang takde sarung..tetap nk sarung jugaaak..


sarung..tetap sarung..:P


sumber


Jumaat, Mac 25, 2011

WONDER PET

Wonder Pet


Wonder Pet , Wonder Pet ,
Kami datang ,
Membantu anak haiwan yg kesusahan..

Kami tak Kuat & Kami tak Besar,
Bila bekerjasama semua jadi mudah!
yeeeeea..
WONDER PET!!!

Wonder pet menyelamatkan anak ikan buntal

Tak tau apsal teringat lak lagu ni tetiba.Ni kes melayan ank aku ler , dok menyanyi lagu ni.

Cuba baca betul2 lirik tu..bila bekerjasama semua jadi mudah..walau pun korang tak kuat & tak besar.mcm aku..hehehe...betul tak?


Khusyuk wei...siap nyanyi2..

lagi..

Apa yg penting? KERJASAMA!

Apa yg penting? KERJASAMA!!

Betul Wonder pet! aku sokong!!



Rabu, Januari 19, 2011

Bila Ibu Jari Sakit

Salam Ukhuwah!!

Bila ibu jari sakit

Susah betul nk buat keje,
Terpaksa tahan sakit,
Buat keje slow, tak macam biasa,
Nak amik duit ,dalam kocek jeans pun sakit, kena had kan pusingan & tekanan jari masa seluk kocek.
Nak angkat ank , lagi lah..huh!! lagi bila si kecik tak duduk diam.

Pucuk pangkal nye semua sakit la...
Masa ni baru sedar, alangkah nikmat nya yg tuhan beri.
Setiap jari ada fungsinya,
Sabar itu separuh dari iman,
sakit itu penghapus dosa2 kecil..


Alhamdulillah..masih bernyawa lagi .Semoga cepat baik ibujari kanan ku.Nak taip keyboard pun sakit..
alahai...!!!

Ini ialah ibu jari tangan kiri. Gambar carian google.



Notakaki:Iqbal semakin ok kat sekolah.kurang nangis pagi2..alhamdulilah..
qisya mulut macam bertih beras ,senyap bila tidur sahaja.tapi best bercakp ng ibu& ayah cam itik ngan ayam hahahaha...


Rabu, Disember 22, 2010

Road Tour AJL & Gempak Astro

Salam Ukhuwah!!


Tarikh : 26 Dec 2010
Hari : Ahad
Jam : 2 pm
Kompleks Pusat Bandar PG

Road Tour
Anugerah Juara Lagu 2010


Artis :
Faizal Tahir
Aizat
Rahmat Mega
FBI
DLL

Gambar di atas tiada kaitan.


***

Tarikh : 26 Dec 2010
Hari : Ahad
Jam : 10 am - 10 pm
Taman Bandar PG


Gempak Astro

Artis :
Amy Search
DLL


So datang beramai2...datang jgn tak datang!...
Info & iklan percuma dari LSBlogspot.com

Jangan risau..Masjid dan Surau..dekaaat ajek..

ahaks!!


Isnin, Disember 13, 2010

Rahsia Pergerakkan Lelaki

Salam Ukhuwah!!

Terbaca kat tenet ,time jalan2....
Cuba igt2 tingkah laku org yg tersayang..tak kire suami , abg , pakwe ,ayah.
Then rumuskan...hehehehe..
Saja suka suki..


Rahsia Pergerakkan Lelaki


Mengganggukkan kepala
* Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.




Mendekatkan badan
* Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.




Merenung

* Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.




Menggerakkan tangan dan badan

* Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.




Suka berdiri

* Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.




Memandang mata

* Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.




Sensitif pada jarak

* Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.




Meniru gerak

* Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.




Selamat menilai... !!
Renung2kan dan selamat beramal!!


sumber




Ahad, Disember 05, 2010

Bila Si Koi & Si Puyu Bersatu

Salam Ukhuwah!!

Alkisah ,

Dua ekor ikan koi duduk bermesra selama beberapa bulan lalu,..tiada gangguan..
Dulu 3, mati seekor tinggal lah 2.Si koi-koi.

Tiba2 muncul pula 2 ekor ikan puyu,jatuh dari ruang atas .

Berenang2 laju si koi.ke atas ke bawah..ke kiri kekanan..Sampai accident dgn dinding aquarium.Melompat2,seperti takut sesuatu.Si tuan rumah terkejut.

Knaper dgn si koi..?


Seorg budak lelaki, berkata..."Jgn takut ikan koi...itu kawan awak...jgn takut..."
Seperti si ikan paham pulak..Di ulang beberapa kali. Cuba menenangkan si koi.



**sila abaikan kejernihan air itu.Utk makluman, air nya sudah jernih semalam.ahaks!!**


Beberapa minit kemudian..Mereka hanya diam sahaja.mungkin sessi pengenalan antara si koi dan puyu berlaku...

Suasana menjadi tenang...Si koi2..bergerak perlahan..Sipuyu yg dr tadi senyap,mula bergerak dan berenang..oh!! Alhamdulillah..mereka bole bersatu..


Hiduplah si koi-koi dan si puyu-puyu bersama di dalam istana Aquarium..

They live happily ever after...:)


T.H.E E.N.D.


** Baru aku tau...ikan pun ada sessi pengenalan ek..Mcm budak baru masuk sekolah baru,jumpa kawan baru..senyap jek..
Jakun nya haku!...hahaha..
**



******************************************************


Ni gambar masa korban tuari.X sempat nk update..Sampai nk masuk Awal Muharam.
Saje utk tatapan korang..ihiks!!


Notakaki:
Salam Maal Hijrah 1432H.


Ahad, September 26, 2010

Gula-Gula Permata Hatiku

Salam Ukhuwah!!

Anak2 adalah PERMATA HATI bagi setiap ibu dan bapa..
Begitu juga LS.

Walau byk karenah yg tak terduga , dan karenah yg kekadang diluar akal fikiran kite..
Tapi semua itu adalah 'gula2' bg kenangan indah yg tidak mungkin kite dapat lagi apabila mereka dewasa kelak.

KESABARAN yg kuat mmg perlu dalam proses membesarkan mereka.
Dengan keletah yg kadang2 mencabar keIMANAN dan tahap KeSABARan yg melampau adalah perlu bagi setiap diri ibu dan bapa tersebut.




Selamat pagi Malaysia!!

Akhir nya! telah ku tahu jejak casing camera digital ku..thanks to this picture.


Tolong la ibu..Ibu nk kemas kain baju awak nih...bukan mintak awak tolong ngemassss!!



Abg nk pakai stokin, sejuk..nk p work!


aaah...




Terasa bersyukur memiliki Anugerah dari Allah ini..


Dan juga ini...


last but not least!!

Terima kasih tak terhingga kepada mak dan bapak.Terharu dengan pengorbanan kamu.

Isnin, Julai 12, 2010

Aura Warna Diri Anda

Salam Ukhuwah!!

Pernah cuba warna utk diri anda?..

ehehe....Masa nk beli minyak wangi ng member...Auralife.Adalah experiment dia buat utk tentukan aura warna untuk diri kite.

aku ng geng..try ler...
4 kaler asas.

merah , biru , hijau , kuning.

so aku dapat MERAH.

Saje2 lak testing kat FB..warna ng diri LS..wah..MERAH lagi...




hm...

dari kecik aku mmg sinonim ng warna MERAH ni...dah diasuh oleh mak bapak aku..asal warna MERAH je utk AS..(aku ler tuh)..

Sebab kulit LS yg putih(berbanding adek beradik lain) bukan statement i ok..
statement mak pak i ok...n my mother also love RED..so ditujukan LS warna terang tuh.

kebiasaan .. HIJAU utk adek perempuan LS no3 , BIRU utk adek pempuan LS no 4..

Maybe kebetulan..dah besar ni, LS pun minat MERAH gak..instead of takde kaler PINK..

I LOVE PINK.

dh pandai pilih kaler sendrik kan..hehe


En.Suami pun kalau cari sesuatu utk wife dia nih, harus pilih dua kaler ni..kalau dok kedai tu...pilih2 warna...last2 mesti patah balik pilih kaler2 ni..


mari kite jejak maksud warna2 Aura anda disini..

■Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.

■Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

■Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

■Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

■Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

■Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

■Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

■Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

■Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

■Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

■Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

■Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .
sumber : http://linncomel.com/index.php/2007/04/08/warna-aura-dan-personaliti/

ok pilih la warna anda!


notakaki: kebetulan..don't trust 100%. CONGRATS! to Spain 1-0 vs holland.

Ahad, Jun 27, 2010

Pagi Yang Indah Permai - Hari Ahad Hari MInggu ku

Salam Ukhuwah!!


Hari MInggu nan indah...Hari Ahad yang permai..sentosa...aman..damai..sejuk pulak tu,
Hujan pulak renyai2.membasahi jalan...jalan raya bersinat2 dgn becak2 air...

Mata ini seperti tidak mahu buka...mahu terus tidur...solat..dan mahu tidurrr semula...
Bangun pukul 11 pagi..atau mungkin berlarutan hingga ke tghri....
Atau...bangun...bergurau senda bersama anak2...bila lapar..baru la mandi keluar mencari makanan..Kedai Mamak,Restoran klasik Seafood,KFC,Pizza Hut, McD(dh haramkan-sekutu israel,jgn amalkan)..

Bestnyeee,...permainya...

Sedang elok menghidupkan enjin kereta..bergerak menuju ke destinasi...terlihat kelibat 2 org kanak2 sikakak & adik ,mungkin dalam lingkungan 2 tahun dan 1tahun ...yg seorang tu masih terkedek2 berjalan..

aku cari mana mak dia..main lopak tgh2 jalan raya..nasib baik, aku ni prihatin..aku bg isyarat kat kakak suh amik adek dia ketepi..mana mak dia ni..tgk kiri kanan takde plak org dewasa..
Mungkin mak dia sedang sibuk sarapan ng suami..atau sedang sibuk nk bt sarapan..sampai terleka tak sedar ank dh keluar pagar rumah..

Ya Allah..ni la salah satu punca bole terjadi kes2 kehilangan ank ...aku tanak cakap lebih2..selisih..jauh kanla..

dh selamat 2 budak tu terkedek2..aku pun bergerak...sambil mata tu ..pastikan budak tu menuju kerumah nya ,yg pintunye terdedah.(nk amik gambar,camera tak bawak).

ini kisah benar ya...ok sambung...

alangkah bestnya...kalau dapat menonton tv bersama2 suami dan ank2 tercinta...takpun p shopping...abiskan duit..atau window shopping ..cuci mata jek...


DAH!! STOP!! Jangan berangan LS!.
Ko sedar tak ko kat ne skang???..
sedar??..sedar??

Aku LS : Terus tunduk...menekan mouse..dah keyboard..siap kan keje...
Jangan nak berangan lagi..
huhuhu..


Notakaki:bersyukur ..alhamdulillah..masih ada rezki utk di tambah...jgn mengomel dan jgn mengeluh...berkat rezki..cepatla aku kaya...
ahaks!!

Khamis, Jun 10, 2010

Anak Tupai

Salam Ukhuwah!!

Arini nk kecek klate , nk cito hok lagu anak tupa..
atau dale loghak oghe Johor ,
lagu Anak Tupai.

Nak ghoyak ! lagu nih glamor blako kok IQba nga Qica..
Aghi2 dok suh Ayoh bukak enpong maing lagu nih.
Qica suko dok goye2 kaki.IQba dok lopak2 sabe nyanyi lirik.

Hok sapo2 dok pehe..bole PM tu e blog.Jange malu2..

Jadi mu laye jo lah!

teke sini hok mp3 nyo.


Anak Tupa

ade seko anok tupa
atah jula mokte
kudung eko perut lapa
jale cari make
jale cari make

kejadie Tuhe dipanggil namo tupa
asalnya dale hute
sejenih mamalia

kalu pasa jakit kot dehe
diolah yang paling panda
jatuh jare jare
kerano dio tok sobar

sepanda pada tupa melompat
jatuh tanoh jugok
nak wi gamba ore jahat
jange telajak bangok

ore jame ari tu
kalo de nyo kerik tupa
pendek tahun tu
nye durie tokde nak jual

ore skampung tupa seko
berambak hari hari
nya pakat likungnyo pakat pekong
tupa tokleh lari

setakat bedil ado
tupa habih mati
hok ni lah sayo raso
kita sangak rugi

kito manusio
tinggi mano pung kito ngaji
nok wak tupa seko
tentu skali doh tok jadi

lonih kampung atau bandar
jare bulih tengok
bapok tupa ibu tupa
jale bawok anok
raso sie sangat

tengok seko anok tupa
kerano telajok kuruh
sapo tokleh(nok)niti pagar
bulu bulu pung habih luruh
air mate bera bera
mari dale baruh
bokali kene racun tebaka

enjoy?..hehehe

Utk pengetahuan semua..lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi bernama halim yazid ,beliau adalah penyanyi dikir barat yg popular di kalangan rakyat Kelantan.Dia antara org yg awl mrakam album dkr brt tuk dijual secara komersial.Antara lagu plg popular anak tupai ni lah.kerana telah dijadikan OST bg filem anak kelantan.

Time jom heboh kat kelantan..glamer lagu nih..lagi kalau p klantan /ganu..kat pasaraya..lagu2 dikir barat.cukup glamer..hehe
ada satu lagu tu..sedih je lirik dia..kisah org bujang tak kawin lagi..aku lak yg suka dgr.hehee



Jumaat, Jun 04, 2010

Hadiah Hari Bapa

Salam Ukhuwah



Mood Status :


Thinking........Thinking.....

Think....Think...





Aku tgh dok pikir..adiah nk bagi hero2 aku..sempena Father's Day ...

Hero yg layak bergelar bapa
1- kepada aku...


2- Hero kepada ank2 ku..




Think..think..



Think...think....think..think...



Any idea guys??









Rabu, Jun 02, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Salam Ukhuwah!!

Good to share..Credit from emel dpt dr some one...

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika
masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan
mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya,
siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus
pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali
yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat
ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!


Notakaki: Sama2 kite doakan Sukarelawan di GAZA selamat .Dan bantuan ke masyarakat GAZA juga selamat tiba..ALLAHHUAKHBAR..Lindungila mereka Ya Allah..Hanya Engkau yg Maha Berkuasa dan Kun Fa Ya Kun.

Isnin, Mei 31, 2010

Free Download Games for U !

Salam Ukhuwah!!

Macam biasa hari minggu balik umah parent.. Pagi2..
Bagi salam..
masuk umh..knaper sunyi je umh parent aku ni... mana diaorg nih..
kes semalam dgr ceramah, sampai larut malam ke..Tido ke hapa..
Maklum la..malam tadi Pekan Sri Tanjung ada wat Forum Perdana..adek beradik & ipar duai gasak ikut mak & bapak aku..dgr ceramah..bagus diaorg hehehe
(aku tak join..sebab somi balik lambat..sori geng..)

Sebelum tu..Before gerak , Mummy Surai (my sis) ada sms "aku dh pg holiday!! kedai aku dh maju"
apa kessss.?.. kedai apa?...holiday apa...?..tak bg tahu apa2 pun...

Rupanyer2..bila ku selidik2...kata adek aku...weh!! semua org dalam umh ni dh kena PUKAU..
ha???...kena pukau ng games internet..
dh jadi cam Cyber Cafe plak! 2 laptop 1 desktop.

Kat sini korang leh Download games secara percuma..no trial2..
byk giler !..

mana yg bosan2...leh le terjah ! dan main game yg korang suka. Tapi jgn main waktu tgh keje..Risiko adalah atas tanggungjawab anda sendrik.

http://www.myplaycity.com/


Dengan bapak aku sekali masuk kekancah ini !..
kena pukau...


Nota kaki : siapa yg harus dipersalahkan?---> adek aku yg bongsu....hehehe



Ni aku masukkan selingan gambar Gathering ngan member satu sekolah , kat McD..
Ari Sabtu yg lepas..kali ni lebih ramai , menyambut kedatangan kawan aku dr KL..
Dapat jumpa member,dapat free gift dr Mc D. Syiook!!
yg join : eli(organizer),afzan,lin asyim,suli(kl),tina,noi,suhai,mardiana,yah,apple,epul,aj,amin.

Isnin, April 19, 2010

World's Oddest Mothers ...

Salam ukhuwah...

Bertuah jadi seorg ibu..kali ni entry dalam english..amik kamus ye mana yg tak paham tu hehehe..
dapat emel from some one..good to share..

susah nk terangkan bagaimana ia nyer terjadi...tiada yg mustahil dengan teknologi terkini..serta keizinan dari Nya..

nama pun Oddest..so...buat la kesimpulan sendiri..jgn tersimpul sudah...ahaks!!

World's Oddest Mothers


1 - Mother of Most Surviving Children From a Single Birth (8 babies)


Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez, known as Octomom in the media, is an American woman who came to international attention when she gave birth to octuplets in January 2009.

The Suleman octuplets are only the second full set of octuplets to be born alive in the United States and, one week after their birth, surpassed the previous worldwide survival rate for a complete set of octuplets set by the Chukwu octuplets in 1998.

The circumstances of their high order multiple birth have led to controversy in the field of assisted reproductive technology as well as an investigation by the Medical Board of California of the fertility specialist involved.

Public reaction turned negative when it was discovered that the single mother already had other six young children at home at the time and was not financially independent. Suleman, who was unemployed and on public assistance programs at the time, conceived the octuplets and her six older children via in-vitro fertilization.



2 - World's Youngest Mother (5 years old)



Into the hospital at Pisco ( Peru ) came a tired, ragged Indian woman from the foothills of the Andes . She led by the hand a shy little girl, scarcely three feet tall, with chestnut braids and an enormously bulging abdomen. Pointing to the frightened child, the Indian woman begged surgeon Geraldo Lozada to exorcise the evil spirits which had taken possession of her.

Certain that little Lina Medina had an abdominal tumor, Dr. Lozada examined her and received the surprise of his life when he discovered she was eight months pregnant.
Dr. Lozada took her to Lima , the capital of Peru , prior to the surgery, to have other specialists confirm that Lina was in fact pregnant.

A month and a half later, on May 14, 1939, she gave birth to a boy by a caesarean section that was needed due to her small pelvis. Her son weighed 2.7 kg (6 lb) at birth and was named Gerardo after her doctor. Gerardo was raised believing that Lina was his sister, but found out at the age of ten that she was his mother.


3- World's Oldest First Time Mother (70 years old)



Meet Rajo Devi Lohan, the Indian woman who, in November 2008, gave birth to her first child - at the age of 70. She said she had waited for more than 40 years for this child and that she plans to breastfeed her for at least three years. And, who knows, maybe she will.
4 - The Mother With the Most Births (69 kids)


Feodor Vassilyev (1707-1782), was a peasant from Shuya , Russia . Though not noteworthy himself, his first wife, Valentina Vassilyeva, set the record for most children birthed by a single woman. She gave birth to total of 69 children; however, few other details are known of her life, such as her date of birth or death. She gave birth to 16 pairs of twins, 7 sets of triplets and 4 sets of quadruplets between 1725 and 1765, in a total of 27 births. 67 of the 69 children born survived infancy.

The modern world record for giving birth is held by Leontina Albina from San Antonio , Chile . Now in her mid-sixties, she claims to be the mother of 64 children. Of these, 55 are documented.
The mother with the greatest number of kids that are not tiwns is Livia Ionce. This Romanian woman, 44, gave birth to her 18th child in Canada in 2008.



5 - World's First Male Mother


Thomas Beatie, who was born a woman but lives as a man in Oregon after surgery and hormone treatment, was the first man to become a mother. Beatie, 34, who is legally a man but kept female reproductive organs when he had a sex-change operation 10 years ago, made headlines around the world and was dubbed the "pregnant man" before giving birth to a baby girl on June 29. After giving birth he did not go back on the male hormone testosterone that he took after his sex change, because he wanted to have another baby.
Beatie's wife, Nancy , 46, whom he married five years ago, was unable to conceive because of a prior hysterectomy. That is why he had a baby himself, through artificial insemination using donor sperm and Beatie's own egg.
6- World's Oldest Mother of Twins (70 years old)

She was utterly determined to have a son. The fact that to do so would make 70-year-old Omkari Panwar the world's oldest mother didn't even cross her mind. Her resolve was matched by her husband Charan Singh Panwar, 77. To pay for the IVF treatment vital to producing a male heir to the family's smallholdings, the retired farmer sold his buffalos, mortgaged his land, spent his life savings and took out a credit card loan. And it all paid off when Mrs Panwar gave birth to twins - a boy and girl - by emergency aaesarean section in a hospital in Muzaffarnagar, seven hours drive north of the Indian capital New Delhi .
The twins, born a month premature and weighing 2lb each, are healthy, according to doctors. The Panwars already have two adult daughters, and five grandchildren.
7- World's Most Prolific Surrogate Mother (12 babies) - (ibu tumpang)

Surrogate mother Carole Horlock, 42, has delivered 12 babies in 13 years - including triplets, setting the world record for the most prolific surrogate mother. She told the ABC News program "20/20." : "When I first started being a surrogate I expected to do it once," she said. "I hadn't looked past that. But I enjoyed it so much. Before I actually had given birth to the baby I wanted to do it again." Surrogates receive an average $25,000 to $30,000 for their services, "20/20" said. The downsides include in-vitro fertilization, morning sickness, bed rest, Caesarean sections and stretch marks.

Horlock will make no demands on the parents of the triplets beyond requesting an annual letter and photograph to let her know how they are doing. But her surrogacy experiences have not all been positive. Her father rarely speaks to her, distressed that she is effectively giving away his grandchildren.


8- World's Smallest Mother (2ft 4in)



The world's smallest mother is about to give birth for the third time - despite warnings she is risking her life.
Stacey Herald, who is just 2ft 4in tall, was told that becoming pregnant could kill her, but bravely defied doctors to have two babies half her height. The 35-year-old from Dry Ridge , Kentucky in the U.S. suffers from Osteogenesis Imperfecta, which causes brittle bones and underdeveloped lungs, and means she failed to grow.
Mrs Herald, who uses a wheelchair, and her husband Will, who is 5ft 9in, are eagerly awaiting the birth of their third baby, due in the next four weeks.
Currently as wide as she is tall, she cannot hold her daughter because her belly gets in the way, and has to rely on her husband to do most things around the house. She admits being pregnant is ‘uncomfortable' and leaves her bedridden for weeks on end. By the time the new addition, a boy, is one, he will already tower over his mother. But despite all the obstacles, the mother and father, a trainee priest, say they want even more children. The couple met in 2000 while working for a supermarket in their home town.


9 - Mother of the World's Tinniest Baby


Mahajabeen Sheikh gave birth to Rumaisa Rahman on September 19 2004 at Loyola University Medical Center . The baby weighed just 8.6 oz and was only 10 inches long and replaced Madeline Mann, born in 1989, as the world's smallest baby. At 1.3 ounces smaller than Madeline Mann, Rumaisa Rahman weighed less than a can of beer. She was born just 25 weeks and six days into her mother's pregnancy.

She had a twin, Hiba, who weighed 1 pound 4 ounces at birth. On her first birthday Rumaisa Rahman was doing just fine tipping the scales at 2 pounds 10 ounces.



10 - Mother With the Longest Interval Between Kids (41 years)


Elizabeth Ann Buttle had two kids, Belinda and Joseph, which is nothing special in itself. Belinda Buttle was born on May 19, 1956 when Elizabeth Ann Buttle was 19. The amazing part is the interval between the birth of Belinda and Joseph, it is the longest interval between births ever.
Joseph Buttle was born on November 20, 1997 when Elizabeth Ann Buttle was 60, an interval of 41 years 185 days.
If you're familiar with the song 'I am my own grandpa!', well, Joseph's sister was old enough to be his own grandma!


notakaki : alhamdulillah..di beri peluang utk merasai nikmat menjadi seorang ibu...