Klik Saya!

Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

Rabu, Disember 29, 2010

Zoo Johor Kami datang lagi..

Salam Ukhuwah!!!

Hari ahad tuari, tiada Faizal Tahir , tiada Amy search..Yg ada hanya lah melayan karenah ank2 kecik , tulah kata org, The Power Of Child!

Mak Pak sanggup ngalah..tak p jumpa artis ,hahahaha..(cam best no je artis2 nye..kehkehkeh,baik ko p tgk ceramah LS)

Semata2 nk kenal kan ank2 dgn binatang2 secara live.Dulu dah pergi dah Zoo Johor ni.Ni pergi lagi..Byk dah kelainannya..Maklumla dah dinaik tarafkan..
takde lagi binatang2 yg tua (kata certain org )..Takde lagi bau busuuk haiwan..x de lagi binatang cacat...

La ni..mcm2 ada..pertunjukan haiwan , burung yg bijak ,pertunjukan bg haiwan makan..bak kata org.lebih kepada mesra pengunjung.
Bergambar bersama ank harimau - Rm 20, bergambar bersama dua ekor kakak tua - Rm 15..(nama kakak tua tak ingat)..Siap print.

Congrat to pentadbiran Zoo Johor ni, yg semakin peka perkembangan semasa.hikhikhik..
Tiket rm3 utk dewasa , kanak2 rm 2 shj.

Thanks to Abang sebab belanja kiteorg.

rm1 kalau nk bergambar ng motor ni.
(hmm..melayan kan si bujang ni la..motor kat luar berlambak bang...)


Rm2 utk makanan unta & tapir .



Pergi ramai2 syiok...best! cam rombongan gitu ..ahaks!!

After that , kiteorg p Muzium & lunch berpiknik di Istana Bukit Serene, makan disponsori oleh Hajah Pn Saliam.Picture tak amik plak.Tunggu kakak ipar ku upload di FB sahaja.

Bawak balik utk kenangan2. ahaks!!
(buat isi selipar , sebab kena masuk kaki ayam)

Thanks to adek sponsor tiket masuk Rm 4 jek/person.

gambar dari en google.




Notakaki : Pecah rekod , selama 30 tahun dok Johor baru ni jejak kaki kat Muzium DiRaja Abu Bakar Istana Besar Johor.Meremang bulu roma ..masuk istana..hihihihi...

Rabu, Disember 22, 2010

Road Tour AJL & Gempak Astro

Salam Ukhuwah!!


Tarikh : 26 Dec 2010
Hari : Ahad
Jam : 2 pm
Kompleks Pusat Bandar PG

Road Tour
Anugerah Juara Lagu 2010


Artis :
Faizal Tahir
Aizat
Rahmat Mega
FBI
DLL

Gambar di atas tiada kaitan.


***

Tarikh : 26 Dec 2010
Hari : Ahad
Jam : 10 am - 10 pm
Taman Bandar PG


Gempak Astro

Artis :
Amy Search
DLL


So datang beramai2...datang jgn tak datang!...
Info & iklan percuma dari LSBlogspot.com

Jangan risau..Masjid dan Surau..dekaaat ajek..

ahaks!!


Isnin, Disember 20, 2010

Jalan2 cari Angin

Salam Ukhuwah!!

Mood merundum sejak akhir2 ni...
ada cite nk dikongsi , tapi malas nk upload picture.

Oh ! mungkin sebab tak ada masa , N fully book utk edit picture.Yela nk letak watermark kat picture tu take time.

ok..
datang mood..datang...hehehe

Last week , kakak ipar datang dr Terengganu , bersama ank sedara belah En.Suami.
Ahad malam, Kiteorg buat BBQ .
LS pulak ditugaskan utk menyediakan bahan perapan utk daging+ayam.
Harusss..sebab semua nya disponsori , so..aku sponsor tenaga je lah hehehe...
Sib baik rasa setelah dibakar masyuuuk!!..Alhamdulillah..

Then ari berikutnya , Bawak diaorg p jalan2 , dekat je..malam2 terjah ke menara Aqabah , tgk lampu2,sambil berposing2 sakan.
Lepas tu p Taman Bandar (dulu panggil tasik,skang semenjak Pasir Gudang dah jadi Bandar, sudah tukar..).
Nak jalan jauh,time datang tak kena ng coti kiteorg plak.Diaorg masih skool & cikgu.Cuti sekolah...Sib baik kakak ipar mmg pernah dok johor.so diaorg merayap sendrik waktu siang nya.hehe.

Kiteorg balik kol 1 malam.Cian ank2 menjadi mangsa keadaan..tapi diaorg la yg paling happy.

Letak satu gambar sebagai kenangan..Waktu ni qisya tidur, lama sikit dia pun bangun hehehe..




Isnin, September 20, 2010

Cara Solat Jamak (Takdim &Takhir)

Salam Ukhuwah!!

Dalam bergembira menyambut ketibaan Syawal, pulang ke kg halaman.Jgn lupa barang2 keperluan yg perlu dibawa.

Sediakan list utk diri sendiri , suami , dan ank2.

Juga tak lupa..Solat.

Kali ni LS nk refresh balik Solat Jamak yg diberi kemudahan oleh Allah utk mereka yg bermusafir.Maklum la..bukan selalu LS jadi musafir.So kena sentiasa beringat.Nota ini utk diri sendrik juga.

Tapi pastikan jarak ke destinasi adalah 90 marhalah.atau 90KM(agak2).

Sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak - dihimpunkan
Makna Qasar - dipendekkan


Perkara paling penting
1) Niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Taala".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.


Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan Jamak Takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".


Selamat menunaikan kewajipan sebagai umat islam.Tapi yg penting jgn lupa..tutup aurat ye!!
Bg wanita sila jgn ikut pemakaian seperti diatas. Dilarang sama sekali.!


Khamis, Ogos 26, 2010

Kejadian Di Bazar Ramadhan

Salam Ukhuwah!!

Bulan Ramadhan bulan yg mulia,bulan penuh berkat,bulan menambah pendapatan.Bulan kain bertimbun2 di taylor utk dijahit ,bulan kuih biskut berlambak2 di pasaraya,juga bulan yg penuh dengan makanan2 dan juadah yg sedap dan pelik2.

Manusia pun bole jadi pelik jugak heehe..

Semalam p bazar , motor parking tepi jalan..masing2 nak bungkus kan lauk pauk,kuih pemanis mulut utk dibawa pulang kepada seisi keluarga,tak pun utk perut sendrik (bujang)ataupun tapau utk buka kt tpt keje.

Lalu datang sebuah Bas Tambang (ke Johor Bahru)..telah melanggar motor2 ditepi jalan itu, maka tumbangla motor2 itu..tanpa diketahui saper empunya tuannyer.Berikutan keadaan yg sesak ditepi jalan penuh dengan ke'parking'an motor dan kereta.Bas menjadi mangsa keadaan dimarahi pemilik2 motor yg telah sedar akan tumbangnya motor2 mereka.Kejadian beransur pulih apabila salah seorg pemilik kereta menjadi polis trafik(konon2).Utk melegakan jalanraya sempit itu.

Pada waktu yg sama, berlaku satu lagi insiden di mana sebuah kereta honda warna merah telah tersalah masuk parking,terjerumus masuk kedalam lopak tepi jalan.Apabila dia hendak keluar (reverse)..kereta nye tidak boleh keluar ke jalan raya kerana keadaan lumpur dan tanah yg lembut/lembik.Malah telah merosakkan bumper depannya.

Datang la seorg pemuda yg hendak ke bazar bersama isterinya,seraya ternampak dan berkata "kesian nye keta dia tak leh kuar..eh! kawan saya tuh"

Lalu pemuda itu pun pergi bertanya khabar dan memberi bantuan yg perlu.Kebetulan alatan yg diperlukan ada (tali).Jadi berlaku la insiden ikat mengikat dan tarik menarik.Antara dua kereta.Setelah selesai,selamatlah kereta honda merah itu dr terus terjerumus dan terbiar di lopak itu.

Oh! berbalik pada bas tadi, bas terpaksa menunggu insiden tarik2 ni berlaku.Kerana insiden ini berlaku di hadapan laluan kenderaan tersebut.

Kesimpulan, jangan salah parking.Biar parking jauh asal selamat.

Sekian.



Notakaki: Beli pedal ayam rm1 = 3pcs???? hmm..redha..

SELAMAT HARI WANITA

"Azam wanita 1 malaysia"



Isnin, April 19, 2010

BOwling Tournament 2010 & Kentang+Ikan

Salam Ukhuwah!!.

Ari ahad bersamaan 18/04/2010 berlangsung nye pertandingan bowling di sykt kami..

Aku masuk , saje support member...memeriahkan suasana..

walau selalu masuk longkang..ahaks!!

gambar2 menarik utk dikongsi sebagai tontonan umum..ahaks!!

hasil cilok dr gambar sport club..

Start kol 10.30 ..aku blum sampai lagi..

me ,my son & ainazliena with her puteri2.


Iqbal mamam kopok..kasi umpan..
good boy ! ahaks!



sedang meneliti carta pemenang..muka bakal pemenang2..wakakakka



No 3 - dapat la tshirt warna oren..caiyok!!
me , tasha & nana..

girls yg join..lain ramai dh balik.masa ni nk bersurai dah..
kol 3.30 rumah memanggil..



setiba nya di rumah....ksian..dalam kete dah terlelap..penat sgt..
jumpa geng!..
sib baik En.Suami pun sampai rumah sama waktu..angkat bujang ni masuk umah.
notakaki: sib baik tak kena bebel ng En.Suami drive sesorang bawak ank p umh mak..
Actually dia dh tak bagi pergi,coz takde org jaga adek,malas nk dgr leteran dia..tunggu dia p work..
then drive p umah mak.. tawakal..adek qisya sungguh la baaaaaaaik..waktu ibu drive..huh!(nk drive gak!)
alhamdulillah.. selamat.

**************************************

Balik dr bowling...tgk semalam punyer soto ada lagi...
(ops!! entry mamam2 ni belum masuk lagi..nti cite k ..)
perut pun lapar...panas kan balance sup...then masukkan ayam...
tgk dalam esbok ada kentang+ikan rebus..aritu ikan dh kematu dalam esbok..rebus dulu..
then terperap dalam esbok..hm...sedap kalau makan ng soto ni...
so apa lagi..line clear..terus menumbuk.
main campak je .. resepi sendrik .. ahaks!!

tada....jadila ...
bergedil ikan campak2..!!
ni la rupanya..comel?
4biji kentang+2 ekor ikan.
Gambar balance sup..ngam2 satu piuk kecik..
setelah di ganti dr periuk yg besar gedabak.



soto utk di ngap! bersama bergedil..
blum tabur daun sup dan bawang goreng..
cium bau dulu...

notakaki: bergedil tu kalau tanak berkecai..lebih kan kentang .
jgn lupa kalau wat ikan ni..lebih kan halia dan lada hitam..hilangkan hanyir.
Amat berbeza ng bergedil daging kurang hanyir. note utk diri sendrik.


Rabu, Februari 24, 2010

Beraya Bersama .. Raya sama2..Gong Xi Fa Cai











Salam Ukhuwah!!

Untung nyer duduk kat negara malaysia ni kan..
rakyat berbilang bangsa..perayaan mcam2 ada..
Cuti Public pun menumpang la sekali..

Hari raya satu malaysia cuti..walaupun yg tak menyambut pun cuti..(kecuali yg kena OT la)
Ni cite pasal cuti yg tertulis dalam kalender k.
bukan cuti yg x de dalam kalender..(apa aku merepek ni )

Ok stop !sambung cite..

Termasuk la Hari Raya utk org2 cina di Malaysia ini..Public Holiday ni disambut meriah oleh mereka2 yg mmg nanti2kan..

Cite ni utk selain yg sambut raya Cina tau! Ahaks!
Salah seorang dr rakyat Malaysia itu adalah aku . hehehe
Raya Cina tahun 2010 ni,cuti panjang..kebetulan kena pada ari sabtu..smbung ahad..isnin..selasa plak ganti utk ari ahad.

peh!

Berjalan sakan ler aku.Balik kg En Suami…iaitu di Terengganu.Dalam Malaysia jek..
Tapi…ada tapi…tapi yg penting..aku dapat bersama2 dgn kekasih hati .. release tension , enjoy dengan ank2..masalah ? letak tepi dulu.

Dapat la ank2 aku..terutama abg iQbal lepas kan rindu dendam pada ayah tercinta.3 minggu tak jumpa.Sib baik kenal lagi..kuikuikui..

Jalan2..pusing2..aku pun dah tak tau nk cite macam mana..
korang tgk gambar2 then buat la spekulasi sendrik..bole gitu?
ops! Taklah..blog aku..so aku la yg akan bercerita..

layanzz..






muka budak demam..masa ni tgh tggu turn masuk klinik.
Berair mata idung..ksian.
Tapi still kuat utk meng hu ha hu ha kan dirinya.
congrat bang! ank laki2 mesti kuat!

pagi2 sampai..rileks jap..siap2 keluar semula..
ni kat Agro resort.
ada chalet,kolam mandi,taman haiwan(burung,unggas),taman herba,ketapi,fish spa.
oh! tidak dilupa taman permainan hehehe..


Iqbal sebelum menjadi kupu2 perawan.
abg dollah tu ank sedara En.Suami.


pastu, p tgk ladang lada.
lada sedang berputik dgn kuntuman bunga berwarna putih.



bersantai merehat kan diri..
budak baju kuning tu..takut + jakun.

esok nyer..
p pantai bukit keluang plak.
igt kat johor je ada kluang.kat ganu pun ada.
masa ni pagi dalm kol 9.cuaca sedang elok je..
(dalam erti kata lain-matahari tidak akan mensunburnkan kulit anda hehe)
Atas kiri : pagi2 dah kuar..sejuk..pakai baju sejuk utk qisya.
Atas tgh : Sepasang kekasih sedang menikmati permandangan matahari muncul.(walau sikecik hanya enggeh saja)
bawah kanan: Bayi yg tidak tau apa2,telah digelongsorkan diatas pasir.ahaks!
bawah kiri: nak tunjuk pulau kat belakang tu..
bawah tgh : Qisya ngn atok (merangkap MIL ku)



Bercanda di pasiran..pasiran pantai...


Setelah ketibaan teman gaduh iQbal.Gaduh2 sayang ahaks!
Kak Husna.
Bawah kanan : Cekda dan Huda


Cik anum (Kakak En Suami) & Hajar (ank sedara En Suami).
Both Single & available..kuikuikui..
Hajar mengenakan Tshirt Muslimah yg i jual tu.(Iklan jap!)



Sarah (Ank sedara En Suami)
Also single & available.kikiki..

Oh ayah! Jangan tinggal daku..aku merindui mu...
(ayat ada 2 meaning ni..hehehe)

balik tu...misteri..stokin Qisya tinggal sebelah je..stokin sama ng adek Huda,reben je kaler lain..kebetulan....huhuhu


Esok nye lagi..


p latah apa ek..hmm lupa la..yg pasti bukan melatah..

air terjun..sejuk..berkelah..makan pengat ibumertuaku, kuih muih beli, air teh ank sedara.
misteri lagi: stokin Qisya ilang sepasang plak..kali ni stokin takde reben..ahaks!





Dan esok nyer lagi..


on the way p pengkalan kubur..soping tak byk la..
tpi berat gak ler..sian En.Suami..kiri gendeng abg, Kanan gendeng brg2.
hmm..



singgah p umah org jual sutera terengganu..Handmade.chanting.corak xslusif.1 corak 1 pemilik.
Rm 200++

Please note,picture tak banyak sebab memory yg full.so amik gambar yg penting je..
eheh..


Sementara tunggu penjual meng deal batik , antara pose menarik yg tercipta diatas.
Byk lagi aktiviti2,tapi tak byk nk klik picture la..sebab malas nk padam gambar2 lama tu..take time..


antaranyer Melawat opis,melawat kilang kopok ,melawat sawah padi,melawat kedai sup belut,melawat sedara mara..semuanye melawat ..macam jadi MB plak..ahaks!Oh jugak tak lupa..melawat kedai dan makan keropok lekor fresh.


Sup belut sedap!kire kena la ngan tekak ni..lembut je..tp belut nye comel sgt..

Ok tu je cerita selepas CNY.sekian terima kasih.Liputan khas dari Saya Untuk Anda. :)


Notakakitangan: Walau air muka nampak gembira..tapi bila time nk berpisah tu..alahai....tuhan je yg tahu..skang masih mencari kepastian..buat pilihan yg terbaik sayang..Restu org tua yg penting(mcm cinta dihalang plak!..rileks pel..control..ahaks!).Kesimpulan..dimana u berada..disitu juga i nk itut..!

p/s : TQ byk2 kepada En Suami a.k.a Azmi Bin Said, sanggup meluangkan masa,melayan karenah isteri mu yg byk karenah..eh tak byk la..sikit je..eh byk karenah ke?tak laaa.... :P



Selasa, Disember 29, 2009

Cuti Sempena Krismas hu ha hu ha..

Salam ukhuwah!!

Cuti 3 hari sempena Santa Clause nk bg present kat ank2 seluruh dunia(kononnyer le).

Jejalan p Resort Gunung Lambak kat Kluang,dekat je..Percutian ni di arrange oleh sepupu kiteorg.Family belah mak.Dengan collection bersama serta acara pada hari2 disana nanti..

Family aku on jek..hehehe
Dah bg tahu hubby awal2 , n dia pun suka dan setuju ..bila lagi nk dpt peluang mcm ni ek..jalan ramai2 ngan family..sekali bawak anak2 berjalan..release tension sat...letak problem kat tepi..time ni la nk hu ha hu ha ngan family semua..


Kite org pergi 3 buah family, didalam family tersebut ada family kecil-kecilan lagi hehehe.nk cakap ke tak ek..alah bukan korang kenal pun ek.x yah ler..Family kite ,Family Cousin n Family makcik.4 biji keta..pergi konvoi..berkumpul kat umah embah (nenek kiteorg ler).kol 11.00 pagi gerak coz nk check in kol 2pm(Sabtu-26hb Dec 2009).

Kiteorg dok 2 hari 1 malam.Malam nyer ada wat BBQ+steambot.
peh mabeles..keje aku melantak je...hehehe..

ok la not bad..ada macm2 aktiviti leh buat...jungle tracking-air terjun..kolam dan taman permainan (utk kanak2),jambatan gantung..

Aku tgk waktu kat sana,yg paling ceria adalah org2 dapur..iaitu..ibu2 kami yg tak bekerja..yg setiap hari dok terperap kat umah melayan suami,dan karenah ank2..masak,membasuh , mencuci..yela..mereka tu kalau tak de yg nk bawak jalan..duduk la kat umah je..kalau jalan pun shoping..keliling kg..hehehe



takperla..korang layan ye la gambar kat bawah ni k.




Tiba kat chalet amik tempat masing2..bilik kiteorg c005.



posing lagi...rehat kan badan..2 jam perjalanan dari pasir gudang ahaks!!


Gambar tgh - dua beranak melepas rindu ..kehkehkeh..


Gambar atas kiri,kanan - Dua pasangan ibu dan ayah berposing setelah menge 'pass' kan ank mereka kepada yg di pertanggungjawabkan. ahaks!!




gambar dulu..



Iqbal wif mama ram n papa epit.

Waktu ni baru sampai..terus dia ajk p taman...

Diaorg la yang melayan..ibu ngan ayah dok posing kt chalet.


tupai terbang-depan chalet

(pepandai la korang senget kan mata or kepala korang hehhe)



Jambatan gantung..hui...panjang gak ler...

utk p jungle tracking..tak sabar nk naik!!


Gambar tgh Atas - org kuat dapur..kat sini jadi bos..hehehe .Happy je.

Bawah kiri - Hulk eh salah.. adek + mama ram..



Aktivity malam- BBQ dan Steambot => MELANTAK!.

Pastu tgk video ramai2...apa yg telah dirakam disiang hari..kecoh beb!!

cebus! cebus!!

Bawah kanan - rayyan (sepupu iqbal) wif ayah ramlee


Aktiviti hari Ahad - 29/12 ..Mandi kolam dan jungle tracking..mandi air terjun..


Setelah mendaki hingga 1100m (yeke?, lantak! hehehe)



Ada budak takut air oooo....peluk ayah...ahaks!!

Ibu maintain ngan kamera..buat kenangan..Ayah amik tender dukung iQbal..chaiyok!



Setelah penat mendaki + mandi air terjun + mandi kolam..mendaki naik p chalet plak...

Atas kiri - maintain ayu walau penat...

Bawah kanan - kenderaan kami..



Tengahari , time to go back! posing dulu , permandangan belakang - gunung lambak n chalet.



Tata!! Wait for our next vacation. Insyaallah.


Yeah ! On the way to our home!! Muka penat .


**************************************************
ni info utk korang yg berminat .

Tel:07-776 0077 Fax:07-776 0037

Cara terbaik untuk menghubungi kami:
Gunung Lambak Eco-Resort berlokasi di Negeri Johor Darul Takzim terletak di kaki bukit Gunung Lambak, 5 kilometer dari bandar Kluang (Daerah Kluang). Gunung Lambak Eco-Resort boleh dihubungi melalui jalan Mersing dari arah Timur, Bandar Tenggara dari arah Selatan, dan Jalan Batu Pahat dari arah Barat.
Sekiranya anda dari Utara atau Selatan Lebuhraya, anda boleh keluar melalui Susur Keluar Air Hitam/ Batu Pahat dan terus menghala ke arah bandar Kluang.
Jalan Pintu Masuk Utama ke sini ialah melalui jalan Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin dan Taman Sri Jaya



















Posted by Picasa