Salam Ukhuwah..
Tak lama lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha, 27/11/2009 bersamaan 10hb Zulhijjah 1430.
Apa itu Aidiladha atau dalam bahasa melayu nyer Hari raya Korban..
Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.
Tapi zaman sekarang ni,bukan setakat korban kan haiwan.
Ada juga org berkorban harta, korban diri, dan yg lebih penting berkorban utk keluarga hehehe..
Apa yg korang korbankan utk insan tersayang?..
Nk wish ..pada bakal2 jemaah haji tu..
Tahniah kerana telah menerima panggilan dr Allah utk beribadah ditempat nye.
(bukan semua org dg mudah dapat ke sana).
Menunaikan rukun islam yg ke5.
Semoga mendapat haji mabrur..
Dan semoga pada satu hari nti..
Kami pula akan menyahut panggilan Mu..kebumi suci para anbiyak..amiiiinn...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430H.
Iqbal memakai ihram....walawalawala.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan