Klik Saya!

Rabu, Julai 28, 2010

Makan kek Lagi

Salam Ukhuwah!!

Hari Isnin 26/7/2010 .Celebrate birthday bapak..mcm biasa bc doa selamat dan potong kek.
Start lepas isyak.

bersama cucu2 tercinta potong kek..

Abg cilok kepala dulu...

Sesungut bg kat Adreana.

Manbird utk bapak.
(Man sebab laki2 kan..ladybird for woman hehehe)
Suka bila tgk bapak ceria bersama cucu2 dan ank2..
Panjang umur nya..panjang umurnya..panjang umurnya serta mulia....serta mulia...


Isnin, Julai 26, 2010

Sweet 36 ...ups!!

Salam Ukhuwah!!

Hari ini 26 July 2010
Hari lahir bapa ku..yg ke 63 tahun..
sweeet 36 ..eh salah 63 ..hehe

pagi2 sms bapak. (bapak la kan..jawa le katakan..)

Aku :

Kepada Tn Hj Sanuri B. Hj Naim..
Semoga Allah taala panjang kan umur bapak.
di murah rezkinyer...
di tambahkan kesihatan nya..
Bertambah bahagia bersama isteri dan anak2 serta cucu yg tercinta.
Selamat Hari lahir yg ke 63 tahun...sweeet 63.


Bapak:

Terima kasih..mana kek dan satay nyeeeee...

Tunggu.....




Notakaki: semalam balik dr hospital Batin(operate secara batin) kat muar...dengan mak,mil,embah,makcik,pakcik..peeh! penat...cari umah tak jumpa.

Jumaat, Julai 23, 2010

Tips Mengajar Anak Menghafal Surah

Salam Ukhuwah!!

Hai all!!

Semua org inginkan yg terbaik utk ank2 mereka.Begitu juga aku.

Di sini LS sertakan Tips yg berguna utk ank2 kite yg tercinta.

Ibu ini telah berkongsi kaedah yg digunakan utk anak2 beliau.Belum usia 3 tahun ank2 beliau sudah hafal 30 juzuk Al-Quran.Subhanallah..


Tips Mengajar Anak Menghafal Surah

Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :

1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.

2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.

3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.






PANDUAN MENGAJAR


a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.


g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.


Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.

sumber

Notakaki : Harap2 tips ini berguna .Insyaallah.Sebelum virus Ultraman/spiderman/Batman menular ke dalam Otak Abg.

Jumaat, Julai 16, 2010

Selamat Ulang Tahun Qisya -1 year !!

Salam Ukhuwah!


Alhamdulillah..

pejam celik pejam celik dah setahun dah puteri ibu..
bersamaan 17.07.2010..
Cerita adek Qisya bole jenguk kat sini.

Semoga menjadi anak yg solehah , anak yg berguna pada ibu dan ayah,
Pandai jaga maruah keluarga bila besar kelak dan Semoga menjadi insan yg berguna di dunia dan di akhirat.

Kami semua sayang awak!

Celebrate kat umh yayi . KFC + kek .

My girl yg comel with our Hero.

Ni pulak kek birthday kakak Adreanna, lahir pada bulan yg sama..On 1/7/2010. 2 years.


kak adreana + my boy (abg iqbal) + fifa + qisya
Iqbal asek menunpang kek org jek...hahaha...tak sabar nk tggu turn dia.


Nota kaki :Suka tgk ank2 ceria..


Rabu, Julai 14, 2010

Kelopak Mata Kiri Berkedip

Salam Ukhuwah!!

Entah knaper..kelopak mata kedip2 jek,sebelum ni...biasa..kata org..kalau kedip2 atau denyut..belah kiri nk nangis.Kalau belah kanan nk jumpa someone yg lama tak jumpa..

Kali ni denyut2 belah kiri..

mmg aku nk nangis pun..semalam bersamaan 13/7 , aku menangis..ngenangkan ank aku yg sulung..si abg . Muntah + Demam ..sebab...

ari ahad, jatuh kusi..tanya mana sakit..dia tunjuk kepala.tak tau jatuh macam mana..aku kat dapur..dia naik kerusi..tgk baba (uncle)dia main komputer.Baba cakap,salah landing punggung..jatuh..
nangis kuat bukan cam biasa..aku gosok..letak minyak..(biasala budak2)..
then ari isnin ,balik keje..MIL cakp..iQbal tanak makan..aku biasa jek..igt nk tumbuh gigi ke..sakit tekak..

Malam , tgh syok basuh pinggan kat bawah..En.Suami tgh betulkan ampai..aku dengar bunyi cam nangka busuk jatuh..kuat..tp aku tau bukan nangka..
dalam hati aku..ABG!.tup2..dengar suara dia meraung..

aku berkejar naik atas..Nampak En Suami tengah peluk abg.kata En.Suami ,dia terjedud (jawa).terhantuk dinding bilik..adussssssss...
Dia suka buat aksi superman kalau dalam bilik tu..Mungkin terlebih suka / galak..terajak lompat.

letak ubat dan tuam..time nk tuam dahi dia..
aku testing kat dahi aku dulu..dia leh cakap..
Ibu,.ibu sakit kee?.
sambil mata kuyu dan berair..

aku dh nak sebak dah..aku cakp..tak..ibu testing jek..


kol 4 dia kejut aku kata nk kuar air(aku bajet ni mesti nk muntah)..
x sangka lak sampai muntah..then kol 730 ,nk p keje . dia muntah lagi..kol 8,aku rasa tak sedap hati..Bawak dia p kelinik.Doktor bg ubat then cakap..kalau muntah lagi..p hospital.

Balik dr klinik, aku pesan kat dia..toksah lari2 lagi..kalau abg sakit..ibu pun sakit..dia jawab ye..sampai kat umh , abg muntah lagi..bagi makan ubat..then dia ngantuk ..tido..dalam masa dia tidur..airmata ni tak tertanggung..nangis jek..

Alhamdulillah..dia tak muntah..tapi layuuuu jek..tak aktif...
Suami aku keep calling tanya perkembangan Abg.

Bila En.Suami balik, abg bangun.Abg semangat kuat..bila Ayah tanya...sakit?..dia kata dh baik..
Dia tak muntah lagi...tapi tak nak makan..dia makan jemput2 pisang je 2 ketul hje hari tu..terus tak makan sampai malam..Kiteorg p kenik lain lak..utk x ray.tapi klinik tu takde wat utk X-RAY bahagian kepala pulak.doktor kata tak muntah lagi..kire tak de pe2..balik klinik,jalan2 kat menara aqabah..abg nk tgk lampu2..maklumla..dah jadi Bandar Pasir Gudang.Makin cantik la PG ni..Makan ubat dan tidur..

Pagi tadi..alhamdulillah..ada peningkatan..En.Suami buatkan nasi goreng utk abg.Abg makan kat umh atok(MIL)..Makan byk juga.
Tp kata En.Suami nk bawak abg p hospital utk X-RAY. Nk tgk betul2..Nak pastikan takde pe2 effect.Insyaallah..harap2 ank aku ok .

Harap abg baik2 jek..
YA Allah, pelihara la anak2 ku agar mereka dapat membesar dengan sihat dan sempurna.
Amiin...

Notakaki: Hari yg sama dapat sms dr bapak, adek aku masuk wad muntah2.Masuk wad sebab kurang air. Semoga mummy cepat sembuh.Mak lak tak sihat jugak loya + pening2.tp dh baik.alhamdulillah..

Isnin, Julai 12, 2010

Aura Warna Diri Anda

Salam Ukhuwah!!

Pernah cuba warna utk diri anda?..

ehehe....Masa nk beli minyak wangi ng member...Auralife.Adalah experiment dia buat utk tentukan aura warna untuk diri kite.

aku ng geng..try ler...
4 kaler asas.

merah , biru , hijau , kuning.

so aku dapat MERAH.

Saje2 lak testing kat FB..warna ng diri LS..wah..MERAH lagi...




hm...

dari kecik aku mmg sinonim ng warna MERAH ni...dah diasuh oleh mak bapak aku..asal warna MERAH je utk AS..(aku ler tuh)..

Sebab kulit LS yg putih(berbanding adek beradik lain) bukan statement i ok..
statement mak pak i ok...n my mother also love RED..so ditujukan LS warna terang tuh.

kebiasaan .. HIJAU utk adek perempuan LS no3 , BIRU utk adek pempuan LS no 4..

Maybe kebetulan..dah besar ni, LS pun minat MERAH gak..instead of takde kaler PINK..

I LOVE PINK.

dh pandai pilih kaler sendrik kan..hehe


En.Suami pun kalau cari sesuatu utk wife dia nih, harus pilih dua kaler ni..kalau dok kedai tu...pilih2 warna...last2 mesti patah balik pilih kaler2 ni..


mari kite jejak maksud warna2 Aura anda disini..

■Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.

■Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

■Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

■Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

■Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

■Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

■Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

■Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

■Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

■Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

■Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

■Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .
sumber : http://linncomel.com/index.php/2007/04/08/warna-aura-dan-personaliti/

ok pilih la warna anda!


notakaki: kebetulan..don't trust 100%. CONGRATS! to Spain 1-0 vs holland.

Rabu, Julai 07, 2010

Selamat Pengantin Baru Dewi & Paat

Salam Ukhuwah!!

Selamat Pengantin Baru pada cousin ku.Dewi & Paat semoga bahagia ke ank cucu..cepat2 timang ank..jgn gaduh2 lagi.

Pada 04.07.2010 berlangsungnya majlis persandingan sepupu ku.Buat kat umah embah aku..(nenek)..sekampung ng aku la..Tema Merah+Putih.

Meriah..!malam lepas berinai ibu2 dok berkaraoke..bapak2 dok syok layan TV .Bola kan..Uruguay VS Sepanyol.

hikhik..

Aku suka kalau family belah mak aku wat kenduri kendara..semangat adek beradik kuat...ngan perangai mak2 yg sekepala..bole masyuuk...

kiteorg sepupu2 ni pun rapat ..termasuk ng makcik2 aku ..

Lihat la para2 ibu melepas gian berkarok..sampai kol 12.30 malam tuh..

Atas kanan: Itula embah aku dan pakcik mak aku.(atok sedara aku la ek)

Pengantin lama amik berkat..semoga bertambah berkat...mcm baru2 kawin dulu..hiksshikss..

bawah kanan:yg baju itam tu makcik LS -still available.

Harus bergambar jugak..ank beranak...hehehe..


Selamat Pengantin baru utk korang..!


Isnin, Julai 05, 2010

PUTUS TUNANG

Salam Ukhuwah!


Alam pertunangan mmg byk dugaan nya..Mmg byk cubaan & dugaan..Maklumla Syaitan nirojim mmg tak suka umat Muhammad S.A.W mengikut sunnah nabi.
Mereka suka kalau keturunan Adam dan Hawa berpisah.
Nak letak dalil2..i ni tak terror la bab2 ni..takut tersalah dalil..i tak arif..so tanya pakar .hehehe

Nak cite...LS ada 4 adek kat bawah, 2 laki2 ,2 pempuan.LS ank no 2 daripada 6 org siblings...adek2 LS bole dikatakan rapat la jugak..lagi2 perempuan..
diaorg semua dh kawin dh.

Apa yg LS nk cite kat sini..

tak tau la kebetulan atau hakikat..sebab dr LS bertunang dulu..perkara yg sama pasti berlaku ..iaitu nk PUTUS TUNANG. ahaks!!

Memula tak pasan sgt..tp bila setiap sorang dtg kat kite cite masalah yg sama..kire dh meluat la plak..wakakkaaka..
memula adek yg bawah LS (no 3)cite NAK PUTUS..kite beriya dok nasihat mati2..
Tup2 bila dh settle..(dh jadi laki dia skang)..alhamdulillah...

pastu adek no 4 lak..bertunang...Tup2 dia plak muncul prob yg sama time tunang..NAK PUTUS!..

Betul la ..

zaman BERTUNANG adalah zaman yg penuh cubaan dan dugaan.
Kalau si lelaki ok,si perempuan plak buat hal..kalau perempuan buat ok...lelaki plak buat hal..atau pun gangguan dr mana2 pihak.
Kali ni LS cuma dgr luahan ..dan ketawa..Tapi still bg la sikit nasihat,..kang majuk lak..maklum la org tgh sedih..

Dah abis adek2 pempuan LS kawin..settle..igtkan dh ok ler...selamat aku tak jadi kaunselor lagi..ehhehe..
eh..tidak rupanya!!

Tup2 tunang adek aku yg laki ( adek no5) plak..dok datang ngadu...mau PUTUS gak.
wah!!..kali ni mmg betul2 terbukti..ZAMAN BERTUNANG adalah ZAMAN PENUH DUGAAN!.

Saper yg kuat...pasti berjaya bina ISTANA..Tapi siapa yg lemah..harus roboh! maka Syaitan nirojim pun bertepuk..bersorak..!!

Wallahualam...

Pada adek2 aku tercinta...BERSABARLAH..kalau dh betul2 tiada jalan penyelesaian..nk wat cemana kan...
tp setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...
Semoga Korang TABAH!

Gambar hiasan. adek2 aku.



Notakaki:they live happily ever after....:)