Klik Saya!

Sabtu, April 25, 2015

Usah Pergi

Usah pergi
Di kala hati ini masih merindui mu

Usah pergi
Di kala hati ini rindu usik tawa mu

Usah pergi
Di kala hati ini mencari ketenangan jauh didasar hati

Selalu merayu ..
Menyanjung ku ..
Tenangkan jiwa

Tiada siapa yg tahu
Kau & Aku
Hanya Dia

Bait2 kata tak akan lupa

Merdu suara mu ..
Menenangkan jiwa
Menyejukkan hati
Penawar nestapa

Alam bagai bersama turut merasai
Nikmat kala itu

Seakan tidak mahu waktu berarak..
Biar di situ

Tak usah pergi..



Notes omputeh :

She hurts and she cries.
But you can't see the depression in her eyes
because she just smiles


Khamis, April 23, 2015

Bersangka baik

Kata indah hari ini,


Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dipetik di tengah tengah pohon berduri..
 
 
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”




Selasa, April 21, 2015

Tips menghadapi Perasaan Hasad Dengki = PHD

Tips menghadapi PHD dari ancaman manusia yg sangat merbahaya.!

PHD = Perasaan Hasad Dengki
Dalam kehidupan seharian..kite pasti akan berjumpa dgn manusia spesis PHD ini.

Bagaimana cara anda mengatasinya?

Ini cara LS ..Mungkin berguna utk anda semua..Insyaallah.

Namun masing2 ada cara tersendri..terpulang dgn cara anda sndrik mengatasi manusia spesis ini.

Antara tips yg LS bole share:

1)Jangan tunjukkan kepada mereka kita tak kuat.HATI KENA KUAT!
.
2)Ape yg dikritik..dengar kan ..jangan di buang terus.
mana yg anda rasa betul dan  boleh diperbaiki jadikan teladan utk diri sendri.perbaikinya dalam diam.

3)Jangan di layan.Mereka akan malu sendri.

4)Kasihani mereka .. kerana mereka kurang kasih sayang.

5)Think POSITIF! Jangan berasa rendah diri.

Malah jadikan diri anda yg lebih baik.Mereka suka bila anda merasa rendah dari mereka.
Walau hakikatnya anda mmg rendah..tapi rendah kan COMEL.:D

6)Luahkan segala kepada Allah.
Berdoa agar mereka sedar & menjadi insan yg lebih baik.

7)Teruslah jadi diri anda sendri!!.
Yg suka kita kawan..yg PHD kite tolak tepi.letak elok2 ditepi/dalam parit (mungkin?)

8) Ikhlaskan diri anda dalam membuat semua perkara.
Insyaallah akan dtg segala kebaikan kepada diri anda sendrik.

9) Percaya Allah sentiasa bersama kita

Akhir kata sayangi diri anda!

ok geng..muaaah!

notakaki : Hilangkan stress banyak2 makan coklat jgn lupa minum air masak utk elak kencing manis.




Isnin, April 13, 2015

Kalbu

Wanita idaman kanda
Wanita pujaan kanda
Wanita dambaan kanda

Daya ku ada
Daya ku terbatas

Kerna tiada mampu
Redha segalanya

Mampu kah aku

Mencari kebahagiaan sedia ada
Mampukah aku bertahan
Mampukah aku relakan nya

Daya ku terbatas
Segalanya ada
Namun tiada daya melawan kuasa tuhan..

Semoga ada takdir bersama

Nota kaki :Nak tambah lagi x? hehehe..

Rabu, April 01, 2015

Cinta Sahabat

Semalam..
ko hadir tanpa ku duga

semalam..
mengingatkan kisah suka kita

semalam..
ku simpan kemas di dasar hati
Andai masa dapat diputar kembali
takkan ku biar ia begitu sahaja..

Semalam..
ingin ku luah segala2nya..
aku rindu saat itu..
aku amat memerlukan mu..Mengharap keajaiban berlaku.
Andai masa dapat diputar kembali
berikan aku sedikit masa..
Utk aku perbetulkan segalanya

Hari ini..
Aku redha
Walau belum terserlah hikmahnya

Hari ini..
aku simpan kemas di dasar hati..
Andai masa itu dapat diputar kembali..

Namun..Aku redha Ya Illahi..

Mungkin belum tertulis untuk bersama nikmati
Atau mungkin tidak tertulis jalan bersama

Sebagai sahabat aku berjanji
Takkan ku lupa sampai mati

Percayalah ..segalanya ada hikmah yang terjadi..
Rinduku yg sarat hampir tamat..
Semoga tidak akan luput diri ini dari ingatan mu..
sahabat..
Andai masa itu dapat diputar kembali..

Nota Kaki:Utk sahabat yg lama menyepi dan muncul kembali..miss talking with u

Nukilan ku