Klik Saya!

Isnin, Disember 13, 2010

Rahsia Pergerakkan Lelaki

Salam Ukhuwah!!

Terbaca kat tenet ,time jalan2....
Cuba igt2 tingkah laku org yg tersayang..tak kire suami , abg , pakwe ,ayah.
Then rumuskan...hehehehe..
Saja suka suki..


Rahsia Pergerakkan Lelaki


Mengganggukkan kepala
* Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.




Mendekatkan badan
* Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.




Merenung

* Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.




Menggerakkan tangan dan badan

* Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.




Suka berdiri

* Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.




Memandang mata

* Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.




Sensitif pada jarak

* Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.




Meniru gerak

* Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.




Selamat menilai... !!
Renung2kan dan selamat beramal!!


sumber




2 ulasan:

ratusiput berkata...

aku rasa takde satu pun yg kena kat laki aku.hehehe..

encik azuwan berkata...

pergh..bahye ni.haha.tak nak aku dtg tmpt ko.nnt ko usha pergerakan aku.haha.