Klik Saya!

Isnin, Mac 29, 2010

Habis jambul ku..Siti Nur Afifah

Salam Ukhuwah..

Hai geng!!

Semalam bertarikh 28.03.2010 berlangsung nya majlis kesyukuran keluarga, serta cukur jambul untuk ank sedara kite.

Anak Mummy Surai -Siti Nur Afifah , yg lahir aritu...rujuk entry sebelah ye..ahaks!!

Majlis berlangsung dengan pilihan warna purple lembut..
Makanan yg dihidangkan ada lah nasi ayam,berserta kuih muih..(penuh perut..makan..makan..dan makan...)
Dengan keadaan cuaca yg panas...menarik mata ini utk terlelap jek...Sib baik Qisya nk tido..dan buai nye disewa oleh Fifa. So dapat la kite rileks dalam bilek..then tertido...(teeerrr tau..bukan sengaja..ahaks!!)

So dr org start doa, berendoi.. sampai tetamu sedang menjamu selera....baru la kite tersedar..mak aih!!..tak perla..yg penting..majlisnyer selamat..

Maklum la pagi2 lepas solat subuh..dah rewang dok dapur. Alhamdulillah..semua berjalan dengan sempurna..

Sib baik teringat nk petik gambar wat kenangan...ok la dr takde...hehehhe...


Adek Fifah cenyum sikit...arah ke?..jambul dh ilang....ehhehe
dah dua bulan...ikut muka abah sharil ...(ayah dia ler).Semoga menjadi ank yg solehah..amin..



Goodies utk tetamu..

Notakaki: 27.03.2010 Ayah+ibu+iqbal+Qisya.. Alhamdulillah..tak perlu amik masa yg lama utk bt keputusan.Semoga ada hikmah didalam setiap kesabaran & pengorbanan..insyaAllah..

Khamis, Mac 25, 2010

Lada Oh Lada

Salam Ukhuwah!!

Cili mulut karang..!

Aku sumbat mulut hang dgn lada ! baru hang tau!

hahahaha..tak marah ngn saper2..

Entry kali ni berkaitan ngn ladang lada di Bintang.

Bintang tu di kg halaman En.Suami di Terengganu. Bukan bintang kat sebelah bulan, dekat2 matahari sebelah bumi..ahaks!


Diaorang panggil Bitae (ikut slang ganu tau!),sebab time somi sebut Bitae tu cam sedap jek dgr..tp bila kite dialek johor ni yg sebut Bintang ,semua pakat gelak ahaks!!

So kite panggil Ladang Bintang je la..haa...baru sedap kan? .. ahaks!!


Selama 3 bulan menanam..menuai..inilah hasil nya..so just layan jela cerita dan gambar tersebut dibawah.(skema)



anak2 pokok seblum di turunkan ke tanah ditukar kepada bungkusan poli berwarna putih.
dah pindah..dah ada hasil..nampak tu warna merah..bakal menjadi mangsa petik..
lagi..
lagi...tak ditanam ditanah ,tanaman secara moden.
Utk menunggu bertukar warna ..dan hasil bole dikutip.
lada yg telah dipetik..utk diagihkan kepada pemborong.


dari dekat..nak?



kumpul utk bt satu produk ...iaitu jeruk!
hehehe




ahli2 sedang menjalankan tugas..

tadaaa....hasilnyer..

Lada yg siap di proses,untk d hntar kpd pmborong dan peruncit..


Harga pasaran Rm 2 sebotol. (Promote)
Nak beli pukal lada / lada jeruk? discuss with bos k.



Selasa, Mac 23, 2010

Meragam !

Salam Ukhuwah!!


Credit to one of the bloglisting kat tepi tu..(lupa lak nk copy link..)

Info yg berguna utk di 'share'kan..
Maklum la..ank kite ni terlalu baaaik...dan terlaluu...saaaaaayaaaaang adek dia...

So kena cari info yg berguna utk tenang kan fikiran dan OTak kite..



Meragam

Meragam bagi kanak-kanak yang berumur dua hingga empat tahun adalah perkara normal. Ini biasa berlaku kerana anak belum pandai membuat pertimbangan atau menyatakan kemahuannya. Perselisihan faham antara anak dan ibubapa kerap berlaku apabila anak masuk tiga tahun. Beberapa bentuk ragam yang ditunjukkan ialah merebahkan diri ke lantai, menendang dan menjerit, menghentak kaki pada dinding atau menahan nafas. Tingkah laku anak boleh mencederakan dirinya.

Adakah keadaan ini serius?

Meragam bukan suatu masalah yang serius. Namun karenah ini mungkin berlaku pada waktu yang tidak sesuai dan memalukan. Walaupun akan mungkin menahan nafas sehingga mukanya berubah menjadi biru, dia tidak boleh mencederakan dirinya kerana tubuh badan mempunyai refleks automatik yang memaksa badan menarik nafas semasa berlaku kekurangan oksigen.


Apa tindakan pertama?

Bertenang walaupun kemarahan anak merungsingkan anda, jangan tunjukkan perasaan itu. Ini kerana anak mudah merasakan angin anda.
Beredar jauh dari tempat itu tetapi jangan sampai anak hilang dari pandangan anda. Biasanya ragam anak tidak akan berlanjutan jika objek kemarahan anak tidak memberi perhatian kepadanya. Namun jauhkan perabot yang tajam dan dan yang mudah pecah supaya anak tidak mencederakan diri sendiri.

Jika tindakan ini gagal meredakan keadaan cuba pangku anak di atas riba dan menenangkannya. Anak mungkin melawan tetapi lama kelamaan anak mungkin akan berasa lebih tenang apanila dipujuk.


Perlukan saya berjumpa doktor?

Biasanya anda tidak perlu berjumpa doktor. Namun jika anak masih meragam selepas umurnya lima tahun atau anda mendapati sukar menangani masalah ini dapatkalah nasihat doktor.


Apa tindakan doktor?

Doktor mungkin ingin tahu tentang kekerapan dan jenis ragam anak dan sama ada ini diikuti masalah tingkah laku yang lain. Doktor mungkin merujuk anak kepada pakar psikiatri untuk penialain lanjut.

Bagaimana saya boleh membantu?

Jangan lupa bahawa ragam anak ditujukan kepada anda untuk mendapatkan perhatian. Perangai anak mungkin sukar dikawal di tempat awam dan anak mungkin dapat menunjukkan dia boleh menang. Namun jika anda menunjukkan bahawa perangai tersebut tidak akan menghasilkan apa-apa, dia akan berhenti dengan sendirinya.

Cuba agak bila anak akan mula meragam dan gunakan taktik yang boleh mengalihkan perhatian anak kepasa perkara lain. Anak akan lebih toleransi dan mudah bertolak ansur apabila dia besar kelak.

Jangan bertanya tentang punca anak berperasaan marah semasa dia meragam kerana anak tidak boleh dipujuk pada ketika itu.

Jangan menampar anak untuk mengehentikan tindakan anak menahan nafas. Biarkan sahaja dan selepas beberapa ketika dia akan berhenti dengan sendiri.

Semoga artikel ini dapat membantu kita yang bergelar ibu bapa kerana anak-anak sememangnya tidak boleh lari dari ragam mereka.. mungkin ada sebahagian dari kita akan panik bila berhadapan dengan anak yang meragam.. ada juga cepat melenting.

Paling penting bagi ku ialah jangan takut dengan tangisan anak-anak dan pastinya kena banyak bersabar menangani ragam mereka dan jangan lupa panjatkan doa agar dikurniakankan anak-anak yang baik yang menjadi penghibur kita hingga akhirat.. InshaAllah!

**********************************************************************************************************************************************************
ayat 12 dari surah al-Tahrim sebagaimana di bawah :

bacakan ayat ini ke ubun2 ank dan banyakkan selawat.

Selain itu boleh juga dibacakan ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan...
Surah al-Fatihah - 1 kali
Ayat Kursi - 1 kali
Surah al-Inshirah - 1 kali
Surah Taha ayat 1-7

Notakaki : Ya Allah berilah aku kesabaran & kekuatan ..


Baiik sangat!!

Cayang adek!

Deshum! (Kena tumbuk pun leh senyum ke?) ahaks!!



Hahaha...dapat buli abg pulak...!
Notakaki lagi : To kengkawan share ler apa yg bole di"share" bg meng"handle" kesabaran ku ini.. walah!


Rabu, Mac 17, 2010

Romantik kah?

Salam Ukhuwah!!





Kopipes punyer Tips..Good to share , dan kalau bole amal kan. Tips yg so simple..but truely can make ur feel in love...



hmm tp kalau dh gaduh?..hahaha sendrik mau igt deh...
ahaks!!

Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah

1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.

Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut padasetiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suamisemasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelumtidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”.Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada siisteri dan si suami.



2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.

Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isterianda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkankasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebihbertenaga dan bersemangat.



3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik.

Setiapperkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar.Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positifdalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara danmenggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.



4. Panggil isteri dengan panggilan yang manja.

Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda bolehmenggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling”dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.



5. Bergurau senda dengan isteri.

Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau.Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.



6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.


Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapibilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteriditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish




notakaki : gambar sepasang kekasih(halal dalam islam) sedang bergurau senda..u potong ke i yg nk potong?..walau sebenarnyer kek itu utk si lelaki. ahaks!!




Rabu, Mac 10, 2010

Adek Over Abg Pemalu

Salam Ukhuwah!!

Di malam yg tak berapa dingin, ketika merehat diri dan minda,setelah penat melayan kertas dan komputer di pejabat.

Menatap kedua2 cahayamata hati ku..(dh mata,hati plak)..Melayan karenah mereka yg mengada2..hehe..hilang rasa penat..berbunga2 hati..

~Qisya dh cuba utk merangkak..Now odw masuk 8 bulan.

~dh start main ng ank tangga..

~menyembur yg semakin over(buruk muka, hilang kecomelan.ahaks!)

~Start bergaduh ng abg dia.

~Jadi mangsa buli abg iqbal.tp senyap jek.(dont worry sya i'm cover u hehe)

~Suka tarik rambut abg dia..mentang2 dia takde rambut..Iqbal selalu jerit.

~Berebut nk dekat ibu ,kalau abg duduk kat ibu..

~merengek minta perhatian..

~Takreti dok diam.lincah!

*******************************

~Iqbal siang tak pakai pampers.time tido jek.

~Hafal doa makan (versi arab & melayu) alhamdulillah..

~Start to learn ABC

~Start to know & learn colour

~Mulut tak reti dok diam (mcm ayah dia kot..?hehehe..)
lagi apa ek..hmmm..itu jela dulu..nti continue lagi..



Ok let enjoy some photos..ok!



Atas kiri : tu diaaa...menyembur..penuh semangat seh...
Atas / bawah kanan : bergurau senda dgn abg,abg agah adek..ibu suka time ni!
Bawah kiri : pe kes bang..sejak bila plak jadi pemalu..ahaks!

pandangla...lihatla....pinggang ku yg ramping..dan dadaku yg bidang..
tapi rambutku still takde..kompius jek..rambut ni malu2 nk tumbuh ..ahaks!..




Khamis, Mac 04, 2010

Tips muhasabah diri ketika berjauhan dengan orang tercinta

Salam Ukhuwah!!




Hari ni tak de story pasal ank ..
hari ini nk story pasal pengalaman diri sendrik .




Nak cuba beri tip2 kepada mereka2 yg bakal berjauhan dengan orang tercinta.
Lebih2 lagi dengan suami.Suami yg terpaksa berpisah dengan isteri dan anak2.

Kali ni korang kena sabar baca en3 ini ,sebab melebihi drp 2 muka surat (andaian.Teruskan usaha hingga berjaya menamatkan pembacaan!)


Bagi mereka yg dah memang duduk berjauhan dari sebelum berkahwin.
(kebanyakkan org yg ikut budaya timur memang la dok berjauhan sebelum kahwin .hehe)


Yang dimaksudkan adalah,



mereka yg belum berkahwin tapi dh bercinta ketika org yg dicintai bekerja/berada jauh..
dan anda tau ,apabila anda berkahwin dgnnye,anda akan dan memang kena dok asing seminggu sekali ke,sebulan sekali ke, 3 bulan sekali ..dan seterusnya la..ikut suka la baper bulan pun.




tapi bg aku ni....MEMANG TAK PERNAH berjauhan dengan suami ,since kami bercinta pada 21.07.2001,(tu belum time dia approach dan ngurat2 aku..semua aku igt tau!)


dan .. seterusnya diijabkabul kan pada 02.09.2006.
Jadi ,aku mmg tak biasa dengan keadaan di mana terpaksa berjauhan dgn Dia (En.Suami).
YA ! MEMANG AKU TAK BIASA!!




Since ank kami yg pertama (alamak tercite pasal ank pulak..takpe jalan terus...ehhehe)..

Dia la yg byk membantu , bukan membantu..malah membuat kerja2 penjagaan, pengurusan, pemandian, persalinan, pendukungan, pe..eh salah..ketidak tiduran malam menjaga ank kami(Mohd Aisy Iqbal). Aku? ..akula yg jd pembantu Dia hehe. Bukan pe..aku memang tak pandai bab2 baby ni , (maklum la baru2 pegang bby sendrik~ janggal..En.Suami ramai ank sedara).

Malah Dia la yg byk mengajar aku cara2 dan teknik2 pengurusan tersebut (cewah!).

Tapi aku ,masuk kiri kuar kanan.Arini dengar esok lupa..(Sib baik dpt suami penyabar.143 yang..) (maklumla..byk benda nk pikir...ayt yg aku selalu guna...kihkihkih..)




Ok.. cite diatas tu, SINOPSIS je..utk korang bayangkan..betapa aku mmg tak bole kalau berpisah ngn Dia a.k.a En. Suami . Tu baru sikit je..nk bg korang paham.
Belum masuk bab hal2 dapur,rumah,halaman rumah,kenderaan..kalau cite , gerenti tambah lagi mukasurat. Sebab , semua aku harapkan bantuan dr Dia. Di ulangi bantuan jek.bukan gantian ok.



Jadi baru2 ini, (tak berapa barula) setelah lama (lama ke?..lama gak le..lebih setahun heheh)hidup tak pernah berasingan..


Kami telah membuat keputusan utk duduk asing(bukan gaduh). .atas sebab2 tertentu..mencari peluang utk masa hadapan, JIKA ADA.


Memula mmg nangis 3 hari 3 malam..siap ada sajak aku bt kan khas utk Dia..***********************. hehehe (lawak..lawak)


Seminggu, dua tak leh kontrol perasaan..


Setelah itu..aku try memuhasabahkan diri..selain dr berkongsi perasaan bersama rakan dan sahabat.x lupa juga ibu dan ibu mertua ku..


Antara tips2 yg aku dapat ,mengikut pengalaman aku..sebagai wanita bekerjaya yg duduk berjauhan dengan En.Suami.

Tips muhasabah diri ketika berjauhan dengan orang tercinta
1- Banyak2 bersabar.( kata kunci SABAR)


2- Ingat Allah.


3- Jangan fikir anda bole bt semua sendrik.Anda tetap akan mengharap kan orang lain utk membantu ketika anda bermasalah.Jangan sombong.
Kalau setakat belanja barang dapur,bayar bil itu ,bil ini ,keje mudah je.(walau keje tu selalu suami yg buat).
Kadang2 keta rosak ke,ank takde org jaga,ank sakit,kite sakit.
cth : ibubapa,adek beradik,pembantu rumah.


4- Selalu berhubung dgn suami.Kalau bole ari2,sekarang zaman IT,dah maju ,gunakan segala kemudahan yg ada..mudah sajaaaa!!(lagu digi)
Kalau bole luahkan perasaan rindu dan sayang anda kepadanya.(Bukan buat2, betul2..)


5- Luahkan pada rakan / sahabat / keluarga terdekat yg sudi mendengar luahan perasaan anda.dh nama pun rakan,rakan yg sabar,sanggup mendengar cite anda walau berulang2.


6- Cari kenalan yg mengalami keadaan seperti anda.Berkongsi cerita.Bagaimana menguruskan kehidupan seharian tanpa suami disisi.


7- Berfikiran terbuka, jika suami berjauhan dalam negara,bayang kan org yg suaminya di luar negara ,atau meninggal dunia (maaf),atau bercerai (nauzubillah).


8- Jika anda jenis yg suka bersukan & aktif .Lebih bagus.Kalau ank dah besar tak kesahla..bole bawak kan.tapi kalau baby?...(ha..disini la pentingnye no.3 tu).


9- Lepas solat banyak2 berzikir dan berdoa semoga ditetapkan iman anda dan Suami.Maklumla..bila dh berjauhan byk DUGAAN nya.


10- Redha




Itu la antara tips2 yg insyaallah bole membantu,berdasarkan pengalaman diri sendrik.Kalau ada nk tambah silakan..


Itu pengalaman bagi ISTERI YANG BEKERJAYA seperti aku,sib baik awal2 dah ada lesen keta. Itu pun satu keperluan gak.


Orang kata,"alahai..suami bukan kuar malaysia pun,bukan tak balik jumpa ank2 pun.Orang lain tu lagi teruk suami jauh.."


Ada orang kata jugak "kena belajar hidup tanpa suami,walau suami ada di sisi"Tapi pada aku , kalau suami dh ada disisi kena buat sama2la..
mengapa nk kena buat sendrik?,sedangkan perkahwinan kan kena share semua benda.susah dan senang, (dr fazillah punye tips rahsia rumah tangga bahagia - buat kerja rumah bersama2).




Cakap..memang mudah,tapi bila sendrik rasa,baru tahu mcam mana rasanya.Rasanye ,..semua wanita tak nak berjauhan dgn suami kan.
(Tapi kalau ada yg nak jauh tu..PELIK gak?)


Tapi kalau dh keadaan memaksa, kite kena jugak.Sebab hanya kite je yg mengetahui SEPENUHNYA keadaan keluarga sendiri. Tapi terpulang kepada masing2 bagaimana anda menghadapi nya.Tips diatas lah yg saya guna kan untuk diri sendrik.


Tapi tak dinafi mesti akan teringat En.Suami.Tu la kena guna tips2 di atas. Jadikan no1 tu kata kunci kepada semangat dalam diri.



Tabik spring kepada ibu2 yg dok berjauhan ng suami,malah menguruskan rumah tangga nya sendrik , tanpa suami disisi. (tak kisah la hidup atau meninggal dunia).






Akhir kata.Apa yg baik datang dari Allah , dan yg buruk itu dari diri penulis blog ini sendrik..ahaks!

nak selit gak gambar qisya. Aku yg menaip(pinjam ayat umiharizahin)



p/s :143 ..




Rabu, Mac 03, 2010

Budak Dalam Sarung Bantal

Salam Ukhuwah!!
******************************************************************************
BUdak dalam Sarung Bantal.
BUkan terjumpa bayi dibuang.Kalau terjumpa harus i amik.But..
Suami isteri Takde keje , gambar selingan waktu time maulud nabi yg lepas..
sebelum upacara memindah barang ke rumah baru...ahaks!
Suka usik Qisya,sebab muka dia selamba je..
mcm takde perasaan kalau org buat apa2 kat dia..ahaks!
Tolong..tolong...
Tak tau apa2..tolong kami..bantu kami..


Setelah tersedar dr lamunan..cuba mengeluarkan diri..

yah!! berjaya akhirnya!!
Notakaki: bila nk tumbuh rambut adek Qisya..ahaks!!