Klik Saya!

Selasa, Mac 23, 2010

Meragam !

Salam Ukhuwah!!


Credit to one of the bloglisting kat tepi tu..(lupa lak nk copy link..)

Info yg berguna utk di 'share'kan..
Maklum la..ank kite ni terlalu baaaik...dan terlaluu...saaaaaayaaaaang adek dia...

So kena cari info yg berguna utk tenang kan fikiran dan OTak kite..



Meragam

Meragam bagi kanak-kanak yang berumur dua hingga empat tahun adalah perkara normal. Ini biasa berlaku kerana anak belum pandai membuat pertimbangan atau menyatakan kemahuannya. Perselisihan faham antara anak dan ibubapa kerap berlaku apabila anak masuk tiga tahun. Beberapa bentuk ragam yang ditunjukkan ialah merebahkan diri ke lantai, menendang dan menjerit, menghentak kaki pada dinding atau menahan nafas. Tingkah laku anak boleh mencederakan dirinya.

Adakah keadaan ini serius?

Meragam bukan suatu masalah yang serius. Namun karenah ini mungkin berlaku pada waktu yang tidak sesuai dan memalukan. Walaupun akan mungkin menahan nafas sehingga mukanya berubah menjadi biru, dia tidak boleh mencederakan dirinya kerana tubuh badan mempunyai refleks automatik yang memaksa badan menarik nafas semasa berlaku kekurangan oksigen.


Apa tindakan pertama?

Bertenang walaupun kemarahan anak merungsingkan anda, jangan tunjukkan perasaan itu. Ini kerana anak mudah merasakan angin anda.
Beredar jauh dari tempat itu tetapi jangan sampai anak hilang dari pandangan anda. Biasanya ragam anak tidak akan berlanjutan jika objek kemarahan anak tidak memberi perhatian kepadanya. Namun jauhkan perabot yang tajam dan dan yang mudah pecah supaya anak tidak mencederakan diri sendiri.

Jika tindakan ini gagal meredakan keadaan cuba pangku anak di atas riba dan menenangkannya. Anak mungkin melawan tetapi lama kelamaan anak mungkin akan berasa lebih tenang apanila dipujuk.


Perlukan saya berjumpa doktor?

Biasanya anda tidak perlu berjumpa doktor. Namun jika anak masih meragam selepas umurnya lima tahun atau anda mendapati sukar menangani masalah ini dapatkalah nasihat doktor.


Apa tindakan doktor?

Doktor mungkin ingin tahu tentang kekerapan dan jenis ragam anak dan sama ada ini diikuti masalah tingkah laku yang lain. Doktor mungkin merujuk anak kepada pakar psikiatri untuk penialain lanjut.

Bagaimana saya boleh membantu?

Jangan lupa bahawa ragam anak ditujukan kepada anda untuk mendapatkan perhatian. Perangai anak mungkin sukar dikawal di tempat awam dan anak mungkin dapat menunjukkan dia boleh menang. Namun jika anda menunjukkan bahawa perangai tersebut tidak akan menghasilkan apa-apa, dia akan berhenti dengan sendirinya.

Cuba agak bila anak akan mula meragam dan gunakan taktik yang boleh mengalihkan perhatian anak kepasa perkara lain. Anak akan lebih toleransi dan mudah bertolak ansur apabila dia besar kelak.

Jangan bertanya tentang punca anak berperasaan marah semasa dia meragam kerana anak tidak boleh dipujuk pada ketika itu.

Jangan menampar anak untuk mengehentikan tindakan anak menahan nafas. Biarkan sahaja dan selepas beberapa ketika dia akan berhenti dengan sendiri.

Semoga artikel ini dapat membantu kita yang bergelar ibu bapa kerana anak-anak sememangnya tidak boleh lari dari ragam mereka.. mungkin ada sebahagian dari kita akan panik bila berhadapan dengan anak yang meragam.. ada juga cepat melenting.

Paling penting bagi ku ialah jangan takut dengan tangisan anak-anak dan pastinya kena banyak bersabar menangani ragam mereka dan jangan lupa panjatkan doa agar dikurniakankan anak-anak yang baik yang menjadi penghibur kita hingga akhirat.. InshaAllah!

**********************************************************************************************************************************************************
ayat 12 dari surah al-Tahrim sebagaimana di bawah :

bacakan ayat ini ke ubun2 ank dan banyakkan selawat.

Selain itu boleh juga dibacakan ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan...
Surah al-Fatihah - 1 kali
Ayat Kursi - 1 kali
Surah al-Inshirah - 1 kali
Surah Taha ayat 1-7

Notakaki : Ya Allah berilah aku kesabaran & kekuatan ..


Baiik sangat!!

Cayang adek!

Deshum! (Kena tumbuk pun leh senyum ke?) ahaks!!



Hahaha...dapat buli abg pulak...!
Notakaki lagi : To kengkawan share ler apa yg bole di"share" bg meng"handle" kesabaran ku ini.. walah!


2 ulasan:

babyfreaks@ratusiput berkata...

byk2kan la bersabar ye...tp aku kdg2 takble sabar gak..ari2 jd tarzan..ehehe..

laila sanuri berkata...

iqbal(1st) hanya diam apabila dia tido.klu dia tak,keje dia menganggu adek dia jek..sabar jek..ilang kesopanan dan kesusilaan aku yg pemalu..

hihih..
tgh sbar la nih..