Klik Saya!

Khamis, Ogos 26, 2010

Kejadian Di Bazar Ramadhan

Salam Ukhuwah!!

Bulan Ramadhan bulan yg mulia,bulan penuh berkat,bulan menambah pendapatan.Bulan kain bertimbun2 di taylor utk dijahit ,bulan kuih biskut berlambak2 di pasaraya,juga bulan yg penuh dengan makanan2 dan juadah yg sedap dan pelik2.

Manusia pun bole jadi pelik jugak heehe..

Semalam p bazar , motor parking tepi jalan..masing2 nak bungkus kan lauk pauk,kuih pemanis mulut utk dibawa pulang kepada seisi keluarga,tak pun utk perut sendrik (bujang)ataupun tapau utk buka kt tpt keje.

Lalu datang sebuah Bas Tambang (ke Johor Bahru)..telah melanggar motor2 ditepi jalan itu, maka tumbangla motor2 itu..tanpa diketahui saper empunya tuannyer.Berikutan keadaan yg sesak ditepi jalan penuh dengan ke'parking'an motor dan kereta.Bas menjadi mangsa keadaan dimarahi pemilik2 motor yg telah sedar akan tumbangnya motor2 mereka.Kejadian beransur pulih apabila salah seorg pemilik kereta menjadi polis trafik(konon2).Utk melegakan jalanraya sempit itu.

Pada waktu yg sama, berlaku satu lagi insiden di mana sebuah kereta honda warna merah telah tersalah masuk parking,terjerumus masuk kedalam lopak tepi jalan.Apabila dia hendak keluar (reverse)..kereta nye tidak boleh keluar ke jalan raya kerana keadaan lumpur dan tanah yg lembut/lembik.Malah telah merosakkan bumper depannya.

Datang la seorg pemuda yg hendak ke bazar bersama isterinya,seraya ternampak dan berkata "kesian nye keta dia tak leh kuar..eh! kawan saya tuh"

Lalu pemuda itu pun pergi bertanya khabar dan memberi bantuan yg perlu.Kebetulan alatan yg diperlukan ada (tali).Jadi berlaku la insiden ikat mengikat dan tarik menarik.Antara dua kereta.Setelah selesai,selamatlah kereta honda merah itu dr terus terjerumus dan terbiar di lopak itu.

Oh! berbalik pada bas tadi, bas terpaksa menunggu insiden tarik2 ni berlaku.Kerana insiden ini berlaku di hadapan laluan kenderaan tersebut.

Kesimpulan, jangan salah parking.Biar parking jauh asal selamat.

Sekian.



Notakaki: Beli pedal ayam rm1 = 3pcs???? hmm..redha..

SELAMAT HARI WANITA

"Azam wanita 1 malaysia"



Rabu, Ogos 25, 2010

Kuih Poli

Salam Ukhuwah!!

LS: Mak buat apa mak?

MIL :POLI.Lama dh nk makan.La ni br dapat buat. Dapat ubi.

LS : hmm POLI???? (sambil memandang suami)

Suami LS : Poliii...Politeknik...


hahahahaha

korang pernah makan x?


Kuih Poli

Beras di sangan (digoreng tanpa minyak) , ubi ketuk , disalut kelapa parut+garam , air gula merah.



Begini ye jadinye setelah di campurkan..Rasa nye manis dan rangup (beras).Tapi tak leh letak beras byk2 nti pahit.

Entah la tak tau la asal dr mana makanan ni.Sebab en.Suami pun kata dia br 1st time makan.

Walau apa pun..dapat la jugak tekak dan perut ini merasa makanan yg pelik di bulan Mulia ini..
Ngap je la..

Budak yg sedang ratah beras sangan.

Thanks kepada ibu2 ku.

Bulan puasa ni, mak2 rajin benor wat kuih, ank2 tukang makan. Minggu2 lepas makan kuih Dangai(piza melayu), Tepung kusui/kuih kaswi(arwah yayi panggil kuih kentut).Diaorg nk beli tak sesedap ng buat sendrik.

Saper yg untung??..hehehe

Notakaki:baper kali mak ajar resepi..tapi tak buat2...harus dipraktik kan nti.



Khamis, Ogos 19, 2010

Apa Salah Dia? Sedih..Kasihan..

SaLam Ukhuwah!!

Sedih hati ini..sayu je rasa...
hari2 ada saje berita yg menyebab kan hati ni marah! tak puas hati! benci!..
knaper..?..knaper?...

terbaru ..
sumber.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.

Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.

“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.

“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.

Difahamkan, anggota forensik sekali lagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah lagi tong sampah di situ sebelum berjaya menemui mayat bayi kira-kira jam 1.50 tengah hari dalam keadaan amat menyayatkan hati di celah puluhan plastik sampah.

Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk bedah siasat.


Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.

************************************************************************************


ni baru satu artikel LS letak, tapi dalam bulan Ramadhan ni, start dr puasa aritu..mmg ada je berita bayi dibuang..SETIAP HARI!

Ya Allah..ko beri la kesedaran kepada mereka yg X DE OTAK ni...dh lama LS pendam..ni tak terpendam dah..nk luah jugak kat blog ni..tak tahan..Apa Salah Dia?

Kalau dikire2, bulan 8 ni byk berlaku kes buang bayi ni..kalau diputar balik masa ke 9 bulan sebelum, gejala seks bebas/tak bebas yg menyebab kan bayi disenyawakan berlaku pada bulan Dec, hmm...tahun baru?..wallahualam...

Bayi tersebut tak perlu la di buang..kalau tanak tu..bg jek kat ibu2 atau saper2 yg tak de ank tu..at least, ko tak tambah dosa lagi..!bg peluang pada 1 nyawa tu utk merasai hidup..merasai oksigen..udara...Apa salah DIa?

Kalau nk cover malu, pergila mana2 pusat2 /rumah kebajikan yg ada sediakan utk menjaga ibu2 yg hamil ank luar nikah ni..bole search kat tenet.tp kalau dh buntu..gini la jadinyer..nauzubillah..Apa salah Dia?

aduh...bikin i panaaaaaaaaaasssssssss jek, di bulan mulia ini..Apa salah Dia??

astagfirullahhalazim...

Notakaki:Ya Allah jauhkanlah perkara begini dr berlaku dikalangan keturunan ku..aminn...nauzubillah..

Selasa, Ogos 17, 2010

Imam Ghazali Bercerita & Kek Batik Yummy!

Salam Ukhuwah!!

BUlan baik , Bulan Mulia ,
BUlan Ramadhan ku nanti jua..ahaks!

kali ni nk share ..

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Kapas
'Murid 2 = ' Angin
'Murid 3 = ' Debu
'Murid 4 = ' Daun-daun

...'Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan... mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

...Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


YaAllah teguhkan la iman ku,berikan kesabaran yg kuat utk menempuh dugaan hidup didunia ini.Amiiin..


Notakaki :
YUmmylicious Kek Batik , buat masa ari Sabtu. Cek Bahan2 cukup, ada masa terluang..lagipun kek ni bole wat utk mentong2,mengunyah masa tgk tv lepas buka posa or lepas sahur.



Kek Batik
Biskut Marie (1 bungkus yg biasa).
1 cawan mentega,
1 cawan milo(350g-paket kecik sekali),
3/4 susu pekat (dpd 1 tin)

1-Cairkan dalam kuali,masukkan 1 persatu bahan(kecuali biskut marie). Setelah semua bahan cair,Padam api .

2-Dengan segera masukkan Biskut Marie (patah 2).

3-Setelah biskut semua dh bersalut coklat, Masukkan dalam loyang sambil tekan2 sikit..

4-SIAP! Dapat 1 loyang kecil.

Aku ni, tak rajin tp ada la jugak sikap2 nk rajinkan diri(paham ke?hahaha) sebab tu suka buat benda yg simple. ahaks!


Khamis, Ogos 12, 2010

Perkara membatalkan PUASA

Salam Ukhuwah!!


Sempena bulan mulia ni...Mari kite refresh balik ..


Erti PUASA
Menahan diri dari makan & minum serta dari segala perbuatan yg bole membatalkan puasa,dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


Perkara memBATALkan PUASA

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .

3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .

4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.

5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium
dan sebagainya.

6. Kedatangan haid atau nifas.

7. Gila walaupun hanya sekejap masa.

8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

9. Bersalin.

10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.

11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan
atau perbuatan.






Notakaki : Kelebihan Terawih pada setiap malam ,adalah Hadis PALSU . Sila rujuk sini.

Renung2 kan dan selamat beramal...!


Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadhan 1431 H / 2010 bermula..

Salam Ukhuwah!!

Alhamdulillah, masih berpeluang lagi utk menyambut Ramadhan pada tahun ini..

Sempena Bulan Mulia yg akan menjelma esok,
(harap2 dipanjang kan usia , dapat menyambut nya, insyaallah) .
Saya memohon maaf andai ada tersilap bahasa, terasa hati dengan coretan jemari ku ini.

Kepada pengujung setia ,walaupun hanya singgah sahaja.
Terima kasih yg tak terhingga.


Oh Ramadhan..aku amat merindui mu.



Notakaki: menu sahur...menu buka posa...menu..menu....menu..



Isnin, Ogos 09, 2010

Serawa Pulut Durian Dan Nasi Kerabu

Salam Ukhuwah!
Untung woo..duduk dekat ng MIL ni, ari jumaat dia inform nk wat nasi kerabu.MIL suh datang..Tp LS lupa..tgh dok rileks2..lepas je menikmati makaroni goreng.Utk sarapan.
Biras call ,bila nk dtg umah mak.haish!! cemana bole lupa nih!
baru je santap .
Dalam kol 3, gerak2 p umah MIL..Makan time...hehehe..
Nasi kerabu + bersama ulaman + sambal + budu perah limau, dan ikan goreng salut tepung..
melantak ler aku ng somi.
MIL teringin nak makan..dia ni mmg cerewet sikit bab2 makan kedai..dia lebih rela masak sendrik.lagi puas katanyer..
Pastu SIL datang plak.bawak durian.PEH!! durian?..wah..aku lak yg teruja..padahal dh melantak durian besar ritu dr pontian..x puas2 lagi ko ni LS.
oh..rupanya..somi kakak iparku ini, nk makan Serawa Durian.Isteri Mak Yong.
Somi yg nk makan..
Beras pulut ditanak,gula nira di cincang halus,gula pasir,dan santan diperah dgn air masak,dan durian selebih rasa..sedap2!
aku pun tumpang la sekali..rezki jgn ditolak ,musuh jgn dicari ..ye tak?..hihi.
Memula masa baru kahwin ,diaorg wat serawa ni,peli gak ler..dh ler..lemak..manis plak..ih!
Tapi disebab kan aku ni tolak batu ng kayu jek,..nk gak la rasa..ok ler..kena ng tekak ni..
Lama2 dh biasa,ng makanan ni.
googles nye nasi kerabu.
Nasi kerabu MIL aku tukar kaler kuning.hehe

googles jugak..

Notakaki: Baru tau, iqbal suka banget dengan durian.5 ulas ko sorang bang...sok besar lawan ibu eh..berulas2,berbiji2...ihiks!!

Rabu, Ogos 04, 2010

Cirit Birit & Sembelit

Salam Ukhuwah!!

Mempunyai dua ank yg berbeza jantina,amat la berbeza keadaan dan cara jagaan nya.

Tak tau la pada ibubapa yg lain.Pada LS, mengikut pengalaman dan keadaan yg sekarang ni.Both my children mmg lain benor segala2.

Antaranya Pembuangan najis.Yg si abg dulu, susah tul nk mengeluarkan najis(berak la tuh..hehe).Bila jumpa doktor,kata normal 2,3 hari tak buang..isk!

Adek plak hari2..tak kire waktu..(pagi-wajib!)

Sampai LS pun jadi keliru.Si Qisya ni cirit ke apa..asek nk berak jek..


So sedikit info utk LS serta parent di luar sana.Utk mengenali ciri2 Cirit Birit & Sembelit.


Cirit-birit

Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.


Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit

Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.

Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.

Najis hijau (biasa kalau org tua cakap baby terperanjat)

Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda.

Calitan darah Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.
sumber

Notahati :Teringat mak / bapak jaga kite dulu..dengan 6 org ank yg mempunyai mcm2 ragam..


Terima Kasih .


Selasa, Ogos 03, 2010

Kenduri Arwah & Doa Selamat

Salam Ukhuwah!!

Hari Ahad yg lepas, umak mak LS ada wat kenduri arwah + doa selamat..
Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Semua kiteorg masak sendrik jek,takde order mana2 katering..ahaks!
Manu pada hari tersebut , simple jek.
Soto , Mee hoon Goreng,Agar2 koko biskut Marie ,kuih epok2,air mangga + teh O.
Oh ! juga tak lupa, rambutan belakang rumah.sebagai pencuci mulut.

Picture waktu majlis tak amik, coz sibuk.ahaks!

Gambar di atas bukan menu kenduri ye..tapi bonjrot oleh makcik ku.Dia amik tempahan katering.So ada lebih, dia pass kat kiteorg.peh ! kenyang banget..mcm2 masuk dalam peyut ku..
Time ni dh abis kenduri dah...time tgh rileks2..

Yaaah!
Setelah semua selesai ..Majlis diteruskan dengan mempersilakan artis dr Bawah Buaian, A'isy Iqbal mendendangkan lagunya tersendiri.(khusyuk wooo!tgk cara pegang mic tu.haha)