Klik Saya!

Jumaat, Mei 27, 2011

Pakej kematian yg mulia & syahid

Salam Ukhuwah!!

Mengingati mati itu pahala..Info beguna utk semua.Kasi tazkirah sikit hari jumaat ni hehehe..Baca ye.

Petikan dari sumber

Ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid .


Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian
sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)
Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).

Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang
sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)

Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat�kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh)
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?

Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”

Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).

Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.

Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).

Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).

Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)

Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).

Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang �terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).

Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).

Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng�harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).

Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh�nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.

Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal
‘aalamin

Jumaat, Mei 20, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Salam Ukhuwah!!

Ank dah sekolah...so kena lah celebrate hari guru..Selalu biar je..tak amik tau pun..last aku celebrate hari guru,masa ting 5..kehkehkeh...
Hadiah pun aku tak pernah bagi dari zaman skolah tadika dulu..maaf eh cikgu..hehe

La ni..ank2 dah pandai.ke cikgu dia ek yg pandai?..awal2 dh mintak adiah.kih2..menghargai cikgu2 taska+tadika yg mengajar n menjaga ank aku,selama beberapa bulan iqbal skolah.Sudi melayan karenah anak aku.yg lain dari yg lain,beriya2 jugak la aku cari adiah special utk cikgu.Harap cikgu ank aku sudi menerima nya..Nama nya cikgu Lin & Cikgu Nana.Terima kasih ye cikgu.Jasa mu tak ternilai.Budi mu kuhargai..cewah!!

Biasa..perempuan mmg suka bab2 bagi hadiah ni...i like!!!


Nilah hadiah nye..beg kosmetik+wall sticker ..(still nk selit jugak hehehe)


Terima kasih cikgu.. :).Pink pilihan ku.

SELAMAT HARI GURU UTK CIKGU2 SELURUH MALAYSIA.
Atleast walau tak pernah bagi adiah,aku masih igt lagi nama cikgu2 yg ngajar aku .hehehe..



Selasa, Mei 17, 2011

Selamat Hari Ibu 2011

Salam Ukhuwah!!

Lately sangat busy,tak sangka aku akan termasuk dalam golongan org2 yg kadang tak sempat bt semua keje dalam 1 hari.Skang blog aku pun hampir tak terurus.Tak sempat nk nyinggah blog org lain..ini kan lagi nk mengupdate blog sendrik..oh my!!..

Tgk ler..selagi aku ada benda nk bercerita & selagi ada info yg aku nk share.Selagi ada masa.Blog ini akan terus ada pengisian nya..Insyaallah..(emosi la plak..ahaks!)

Well minggu lepas org smua sambut hari ibu..pada aku bole aje celebrate hari ibu hari2..tapi apa lah salah nyer..luangkan masa skit celebrate & bg penghargaan sikit kt ibu2 kita.
Tahun ni..takde celebrate besar2,tak main kek.kite org rancang masak2 then bawak ke rumah mak.Adek2 bawak la apa yg diorg nk masak..
aku mmg dh kat umah mak..so standby perut je la...hahahaha...

Dimulakan dengan bacaan doa selamat dari bapak,then makan2.Dis year bg mak hbag+tudung.Walau bukan harga ratus2..tapi mak kata,takper..asalkan ank2 igt mak.balik kg selalu.(walau kg sekangkang kera)..itu yg dia paling suka.Insyaallah mak.

Tahun ni abg dh skool..so cikgu ajar buat kad utk ibu..aku tampal kat esbok je nti.
Pepagi ahad bukak hpon dapat msg "Nak wish malam tadi tak sempat,awak dh tidur..Selamat hari Ibu Yang,Semoga menjadi isteri yg solehah & ibu yg mithali pada anak2 kite.".Aamiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnn..mudah2 an...hehe. Pastu En.Suami belanja satay.Jadiler...Org busy..mana2 yg sempat je laaa.Sekali ng MIL,kebetulan dia pun dtg ng kakak ipar.hehe.

Ucapan utk mak2 aku.
Aku sayang korang,kalau En.Suami aku tulang rusuk aku, korang tulang belakang aku..I Love U Both Mom.


Tugas abg ,kaler je...hehehe.4 tahun ..okler.

Dalam ni cikgu yg tulis.tima kasih ye cikguuuu....ahaks!


Ni makanan yg adek2 aku bawak.Yummy! thanks sis.I love U all.
**Untung dapat adek rajin..Rugi korang dapat kakak malas..:P

Last but no least, SELAMAT HARI IBU ye utk semua ibu2 di Malaysia.Semoga kite bole jadi SuperMuMMy!!


Nota kaki:Start niaga 12/4/2011.Gila busy ar aku.!Semoga aku diberi kesihatan yg baik.Insyaallah..

Rabu, Mei 04, 2011

STEAMROLL TIN

Salam Ukhuwah!!

BUdak2 zaman sekarang tak tau la, ada main lagi tak benda ni..SteamRoll..dibuat dari pada tin susu 1 kg ke,650g ke..isi ngan tanah...diikat kiri kanan dgn tali...tariiiiik..berpusing2 benda alah tu..then sambil tarik,lari... lumba..sape punye paling laju n tahan lasak..

Ni abg aku punyer keje la..kata dia nk imbau zaman kanak2 dia..nk kenalkan kat ank2 ..iye la tu.Old skool hahaha..Abis dia kumpul tin nestum ank dia..cukupkan utk bebudak2 ni.supaya tak gaduh.

Bagi yg tak tahu,n tak pernah main benda alah ni..aku pun dulu masa kecik jarang main benda ni.Maklum la perempuan,main masak2..main kawin2..main rumah2(rumah tanah) buat jadi bilik,ruang tamu,pastu amik lidi jadi kan org.main tingting..main getah..byk lah lagi.
Tapi adek aku main kot benda alah ni..aku kan lebih keperempuanan..cewah!!
Nak lari2..kejar2..nk tarik steamroll tu bukan nye ringan.tgk la budak2 ni, lagi2 qisya..terkedek2 menarik tin tu..sama la mcm aku kecik2 dulu.
abis tgn i yg mulus...ahaks!!





before bawak steamroll tin..isi myk dulu..Rewang kopok gian (kopok lekor)



tarik2.!!..2 org para pengajar yg sedia berkhidmat!!
Sekali lepas kan gian..tak puas main time kecik eh..haha


SEDIA!!! Tukang tarik.