Klik Saya!

Khamis, Mei 28, 2009

Sedap nyer Cheese Tart

Salam Ukhuwah!!

Korang pernah makan CHEESE TART x?..
Mesti pernahkan...hmmmm...aku ni semenjak2 ni rasa nk makan benda alah nilah..
dh order ngan kakak tpt keje..tp blum dapat lagi..
tk tahu dapat bila, jgn dapat lepas aku melahirkan ank no 2 aku ni, sudah..ahaks!!

Macam nak bt..tp bila aku tgk bahan2 nye..mcm leceh gitu..
aku tepekkan resepi dia jelah..aku amik kat tenet, komen kat situ..katanyer sedap kalau guna resepi ni..wallahualam..ahaks!!

kalau ada saper2 yg rajin nk bt tu ...korang bt la eh.
amik resepi nih!
p/s : takdpt melantak puas2..dpt tgk resepi pn jadi la...ahahahhaha..



Sumber dr Alex GOh
***********************************************************************

SWEET PASTRY

*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.



Bahan A

200 g mentega

100 g gula aising

1/4 sudu teh esen vanilla



Bahan B

1 biji telur



Bahan C

420 g tepung

1 sudu besar tepung susu



Cara-cara

1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.



* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.





BLUEBERRY CHEESE TARTS

Bahan-bahan

300 g Sweet Pastry



Filling

Bahan A

250 g cream cheese

50 g gula

25 g mentega



Bahan B

1 biji telur



Bahan C

25 g whipping kream



Bahan D

20 g tepung



Blueberry filling



Cara-cara

1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.

3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.

4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.



Nota :-

* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

* Strain (tapis) blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias. (Ini terkena batang hidung sendiri hari tu, bila nak pipe buat bentuk spider web tak jadi sebab tersumbat-sumbat dan berbiji-biji)

********************************************************************************

Cheese tart..cheese tart..cheese tart...

blueberry

strawbery..

beri-beri...hahahaha

ni fruit tart..


YUMMY!!!
frenship 4ever..

Tiada ulasan: