Salam Ukhuwah!!
Mempunyai dua ank yg berbeza jantina,amat la berbeza keadaan dan cara jagaan nya.
Tak tau la pada ibubapa yg lain.Pada LS, mengikut pengalaman dan keadaan yg sekarang ni.Both my children mmg lain benor segala2.
Antaranya Pembuangan najis.Yg si abg dulu, susah tul nk mengeluarkan najis(berak la tuh..hehe).Bila jumpa doktor,kata normal 2,3 hari tak buang..isk!
Adek plak hari2..tak kire waktu..(pagi-wajib!)
Sampai LS pun jadi keliru.Si Qisya ni cirit ke apa..asek nk berak jek..
So sedikit info utk LS serta parent di luar sana.Utk mengenali ciri2 Cirit Birit & Sembelit.
Cirit-birit
Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.
Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.
Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.
Sembelit
Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.
Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.
Najis hijau (biasa kalau org tua cakap baby terperanjat)
Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.
Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda.
Calitan darah Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.
sumber

Notahati :Teringat mak / bapak jaga kite dulu..dengan 6 org ank yg mempunyai mcm2 ragam..
Terima Kasih .
4 ulasan:
mmg useful ko punye info ni...ehehe...eh budak 2 orang dalam besen tu cute n seksi la...(tutup mata$%$&^%*^*&)
iskkk...ibu dier ni..taruk gambo (18sx) betul ler..hahahha..
@ratu
tutup mata..!
@aina
gambar seksiss...hahaha
info tentang sembelit di SIHAT SELALU - Sembelit : Kesukaran Membuang Air Besar
Catat Ulasan