Klik Saya!

Khamis, Ogos 26, 2010

Kejadian Di Bazar Ramadhan

Salam Ukhuwah!!

Bulan Ramadhan bulan yg mulia,bulan penuh berkat,bulan menambah pendapatan.Bulan kain bertimbun2 di taylor utk dijahit ,bulan kuih biskut berlambak2 di pasaraya,juga bulan yg penuh dengan makanan2 dan juadah yg sedap dan pelik2.

Manusia pun bole jadi pelik jugak heehe..

Semalam p bazar , motor parking tepi jalan..masing2 nak bungkus kan lauk pauk,kuih pemanis mulut utk dibawa pulang kepada seisi keluarga,tak pun utk perut sendrik (bujang)ataupun tapau utk buka kt tpt keje.

Lalu datang sebuah Bas Tambang (ke Johor Bahru)..telah melanggar motor2 ditepi jalan itu, maka tumbangla motor2 itu..tanpa diketahui saper empunya tuannyer.Berikutan keadaan yg sesak ditepi jalan penuh dengan ke'parking'an motor dan kereta.Bas menjadi mangsa keadaan dimarahi pemilik2 motor yg telah sedar akan tumbangnya motor2 mereka.Kejadian beransur pulih apabila salah seorg pemilik kereta menjadi polis trafik(konon2).Utk melegakan jalanraya sempit itu.

Pada waktu yg sama, berlaku satu lagi insiden di mana sebuah kereta honda warna merah telah tersalah masuk parking,terjerumus masuk kedalam lopak tepi jalan.Apabila dia hendak keluar (reverse)..kereta nye tidak boleh keluar ke jalan raya kerana keadaan lumpur dan tanah yg lembut/lembik.Malah telah merosakkan bumper depannya.

Datang la seorg pemuda yg hendak ke bazar bersama isterinya,seraya ternampak dan berkata "kesian nye keta dia tak leh kuar..eh! kawan saya tuh"

Lalu pemuda itu pun pergi bertanya khabar dan memberi bantuan yg perlu.Kebetulan alatan yg diperlukan ada (tali).Jadi berlaku la insiden ikat mengikat dan tarik menarik.Antara dua kereta.Setelah selesai,selamatlah kereta honda merah itu dr terus terjerumus dan terbiar di lopak itu.

Oh! berbalik pada bas tadi, bas terpaksa menunggu insiden tarik2 ni berlaku.Kerana insiden ini berlaku di hadapan laluan kenderaan tersebut.

Kesimpulan, jangan salah parking.Biar parking jauh asal selamat.

Sekian.



Notakaki: Beli pedal ayam rm1 = 3pcs???? hmm..redha..

SELAMAT HARI WANITA

"Azam wanita 1 malaysia"



1 ulasan:

ratusiput berkata...

mcm2 ragam!~